Utusan Borneo (Sabah)

Meghan Markle wanita berpakaian paling cantik 2018

-

MEGHAN Markle dinamakan sebagai wanita berpakaian paling cantik pada 2018 oleh majalah People baru-baru ini dalam sanjungan yang jarang diberikan kepada kerabat diraja oleh penerbitan selebriti itu. Markle, 37, yang menjadi Duchess of Sussex apabila dia mengahwini Putera Harry dari Britain pada Mei lalu, menduduki tempat teratas senarai tahunan People di hadapan aktres Hollywood termasuk Cate Blanchett dan Sandra Bullock, peguam hak asasi manusia Amal Clooney dan bintang realiti Kim Kardashian. Memberi penghormat­an tertinggi kepada seorang anggota kerabat diraja menandakan satu kelainan bagi majalah itu. “Kami tidak pernah menyediaka­n senarai dengan kerabat diraja atau sesiapa sahaja di luar Hollywood. Tetapi apabila kita bercakap tentang stail dan 2018, kita tidak dapat mengadakan perbualan itu tanpa menyebut Meghan Markle,” kata Pengarah Stail dan Kecantikan People, Andrea Lavinthal, kepada Reuters. “Stailnya adalah stail yang benar-benar menarik perhatian pada tahun ini, jadi kami rasa kami mesti bukan sahaja meletakkan­nya di dalam senarai tetapi menjadikan­nya yang berpakaian terbaik,” kata Lavinthal. Markle yang dilahirkan di California, bekas bintang siri TV ‘Suits’, telah dipaparkan dengan menonjol sekali dalam majalah dan akhbar sejak dia bertunang dengan Harry pada November 2017. Perkahwina­n mereka ditontoni jutaan manusia di seluruh dunia. Markle telah menerima pujian kerana menggabung­kan pakaian dari kedai fesyen runcit dengan ‘designer couture’, dan pada waktu yang sama melanggar stail tradisiona­l diraja Britain dengan mempamerka­n kakinya, memakai pakaian yang menunjukka­n bahu dan mengatur rambut dalam sanggul tidak kemas untuk perkahwina­nnya. “Sama ada dia memakai baju berbutang yang klasik dan seluar jean koyak, seperti manamana gadis lain, atau gaun perkahwina­n ‘couture’ dan tiara, tidak seperti kebanyakan kita, dia sentiasa kelihatan bergaya. Ada sesuatu mengenainy­a yang kelihatan kemas tanpa menjadi terlalu sempurna,” kata Lavinthal. People juga memuji Blanchett kerana dengan konsisten mempamerka­n rekaan fesyen yang berani namun tiada cacat cela, Clooney kerana “stail berani dan glamor yang semuanya tersendiri” dan Bullock, bintang ‘Ocean’s 8’, yang menurut majalah itu “tidak pernah kelihatan lebih cantik lagi”. Kardashian, yang menggabung­kan rupa kasual yang diilhamkan oleh jenama fesyen Yeezy milik suaminya Kanye West dengan glamour yang ketat, diberi anugerah pengaruh sosial oleh Majlis Pereka Fesyen Amerika pada Jun lalu. “Dia kelihatan hebat pada tahun ini. Dia benarbenar mengekalka­n estetika tersendiri. Dia ternyata melakukan apa yang dia inginkan,” kata Lavinthal. — Reuters

 ??  ??
 ??  ?? MEGAN MARKLE
MEGAN MARKLE
 ??  ?? AMAL CLOONEY
AMAL CLOONEY
 ??  ?? CATE BLANCHETT
CATE BLANCHETT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia