Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan naik taraf jalan dikemuka kepada KKLW A6

-

KOTA KINABALU: Cadangan naik taraf infrastruk­tur jalan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong seperti jalan Kampung Ulu Tomani, Kampung Rundum dan jalan raya perhubunga­n desa telahpun dikemukaka­n kepada Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk pertimbang­an. Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Jamawi Jaafar berkata, cadangan itu disentuh semasa beliau melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Rina Harun yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha KPLB (Pembanguna­n) Datuk Azizan Mohd Sidin. Menurut beliau semasa pertemuan itu perkara lain yang turut disentuh ialah isu bekalan elektrik untuk Kg Rundum /Samambu dan sekitarnya, naik taraf bekalan air bersih di kawasan Kemabong, naik taraf RTC Skim Kuala Tomani, tambahan kuota Program Bantuan Rumah (PBR) dan naik taraf sekolah Tabika Kemas di DUN Kemabong. “YB menteri ambil maklumanse­galapermoh­onan yang dikemukaka­n dan kita berharap ia akan mendapat pertimbang­an kelulusan daripada KKLW,” katanya ketika ditemui selepas kunjungan itu. “Kita akan lakukan usaha yang terbaik untuk menangani segala keperluan pembanguna­n di kawasan ini secara berperingk­atperingka­t dan saya yakin dengan adanya hubungan serta kerjasama baik antara kerajaan negeri dan Persekutua­n, akan memudahkan lagi proses pembanguna­n dibawa ke kawasan ini,” tambahnya. Dalam pada itu, Jamawi optimis sekiranya kemudahan asas di kawasan Kemabong seperti sistem perhubunga­n jalan raya, bekalan air dan elektrik dapat dipertingk­atkan, ia juga dapat meningkatk­an taraf sosio ekonomi rakyat di kawasan Kemabong sebagai kawasan pertanian dan juga berpotensi sebagai kawasan eko pelanconga­n baharu di negeri ini.

 ??  ?? JAMAWI (kanan) menjelaska­n keperluan pembanguna­n di DUN Kemabong kepada Rina sambil diperhatik­an Azizan (kiri) semasa pertemuan itu.
JAMAWI (kanan) menjelaska­n keperluan pembanguna­n di DUN Kemabong kepada Rina sambil diperhatik­an Azizan (kiri) semasa pertemuan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia