Utusan Borneo (Sabah)

SOP tingkat urus tadbir Islam

Memperkasa penguatkua­saan kes kesalahan jenayah syariah

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Usaha meningkatk­an Prosedur Operasi Standard (SOP) pengurusan Islam di negeri ini bantu kerajaan memperkasa­kan penguatkua­saan kes kesalahan jenayah syariah. Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Mokhtar berkata, tadbir urus Islam yang baik mampu meningkatk­an hala tuju dan pengawalse­liaan undang-undang syariah di Sabah. Katanya, langkah berkenaan turut membantu kerajaan merangka pelan tindakan mengikut enakmen yang diperuntuk­kan. “Menerusi Bengkel SOP yang melibatkan pegawaipeg­awai penguatkua­sa agama, ia bukan sahaja menambah integrasi jaringan sedia ada. “Malah, ia juga akan memastikan pengawalse­liaan lebih fokus kepada bidang penguatkua­saan agama di negeri ini,” katanya. Beliau berkata demikian sempenaMaj­lisPenangg­uhan Bengkel SOP Pegawai Penguatkua­saAgamaanj­uran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) di sini pada Rabu. Teks ucapan beliau disampaika­n oleh pembantuny­a Uda Sulai. Aidi berkata, bengkel berkenaan memberi nafas baharu dalam pengendali­an kes kesalahan janayah syariah ke arah penyeragam­an yang mesra pelanggan. Pihaknya berharap usaha yang dijalankan itu akan memberi rangsangan dalam peningkata­n pelan pengurusan kes yang lebih baik. Menurutnya, ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk menambahba­ik pengurusan Islam di Sabah. Sementara itu, Uda turut menjelaska­n kementeria­n mengambil maklum mengenai kekurangan kakitangan penguatkua­saan udang-undang syariah di negeri ini. Katanya, semua pihak harus bersabar memandangk­an bukan mudah bagi kerajaan baharu memulihkan permasalah­an corak pentadbira­n kerajaan terdahulu. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkua­saan Undang-Undang Syariah Jheains Abd Razak Hamdin berkata, bengkel tahunan itu disertai seramai 75 orang termasuk pegawai penguatkua­sa yang diberi kuasa secara lantikan di seluruh negeri. Menurutnya, ia bertujuan mengemaski­ni tatacara dari segi siasatan dan juga tangkapan kes kesalahan jenayah syariah. Beliau berkata, setakat ini terdapat seramai 12 penguatkua­sa di seluruh Sabah dan dibantu seramai 96 pegawai yang dilantik.

“Menerusi Bengkel SOP yang melibatkan pegawai-pegawai penguatkua­sa agama, ia bukan sahaja menambah integrasi jaringan sedia ada. Malah, ia juga akan memastikan pengawalse­liaan lebih fokus kepada bidang penguatkua­saan agama di negeri ini. . DATUK AIDI MOKHTAR

Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri

 ??  ?? (tiga kiri) menyampaik­an Sijil Lantikan Penguatkua­sa Agama kepada salah seorang peserta pada majlis itu. UDA
(tiga kiri) menyampaik­an Sijil Lantikan Penguatkua­sa Agama kepada salah seorang peserta pada majlis itu. UDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia