Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar Politeknik Metro Johor Bahru lawat FKAL

-

LABUAN: Seramai 15 pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam Politeknik Metro Johor Bahru telah menyertai Lawatan Akademik ke Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL), UMS Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL), Selasa lalu. Pelajar itu yang diiringi enam pensyarah mengadakan Lawatan Akademik ke Institusi Kewangan dan Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) ke Wilayah Persekutua­n Labuan dan Sabah. Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) FKAL Dr Suzillah Haji Sidek yang mewakili Dekan FKAL Prof Madya Dr Zaiton Osman menyampaik­an taklimat mengenai fakulti itu di Bilik Seminar Kiamsam. Turut hadir, Pensyarah Kewangan Islam HE23 Pg Mohd Faezul Fikri Pg Omar danPenolon­gPendaftar­Kanan FKAL Noraini Samsu. Selain FKAL, rombongan itu turut melawat Labuan FSA di Kompleks Ujana Kewangan Labuan sebelum meneruskan perjalanan ke UMS Kota Kinabalu. Suzillah yakin menerusi program itu, pelajar dan pensyarah Politeknik Metro mendapat maklumat mengenai FKAL dan UMS Labuan secara keseluruha­nnya. Pada ketika ini, FKAL mempunyai 2,051 pelajar dari Tahun Satu hingga Tiga dan 46 pensyarah yang berpengala­man. Sementara itu, ketua rombongan Nurlinda Abdullah yang juga Ketua Jabatan Akademik, Politeknik Metro Johor Bahru berkata lawatan itu bertujuan mendapatka­n maklumat tentang FKAL dan peluang pelajar melanjutka­n pengajian di peringkat ijazah pertama. “Lawatan pertama kali ini sangat bermakna kerana kami mendapat maklumat dan peluang pelajar melanjutka­n pengajian di UMS Labuan,” katanya.

 ??  ?? SUZILLAH (tiga kanan) dan Nurlinda (tiga kiri) bertukar-tukar cenderamat­a selepas taklimat FKAL.
SUZILLAH (tiga kanan) dan Nurlinda (tiga kiri) bertukar-tukar cenderamat­a selepas taklimat FKAL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia