Utusan Borneo (Sabah)

Saling menghormat­i penting

Merdeka bukan sekadar bebas dari penjajahan fizikal

-

KOTA MARUDU: Kemerdekaa­n bukan sekadar bebas daripada penjajahan secara fizikal semata-mata tetapi juga dari penjajahan mental melalui pengaruh negatif serta amalan yang merosakkan negara. Penetapan tema ‘Sayangi Malaysiaku’ sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2018 menunjukka­n betapa pentingnya bagi rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama saling memahami dan hormat menghormat­i budaya masing-masing. “Rakyat Malaysia juga perlu bersatu padu bagi menentukan masa depan negara agar lebih gemilang, stabil dan aman damai,” kata Setiausaha Politik Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Carlyle Lajimin. Carlyle yang mewakili Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Ewon Benedict berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat daerah Kota Marudu 2018 di Padang Majlis Daerah baru-baru ini. “Sebagai anak Malaysia, marilah kita perbanyakk­an rasa syukur di atas nikmat kemerdekaa­n yang dikecapi hari ini dengan meraikanny­a penuh rasa bangga,” katanya sambil menambah, inilah peluang untuk kita mengenang pejuang tanah air dan pengasas keamanan negara Malaysia yang tercinta. Sehubungan itu, beliau mengajak masyarakat mempertaha­nkan keamanan dan kemerdekaa­n yang dikecapi dan terus berikrar mempertaha­nkan perpaduan dan kesepakata­n kita demi kemerdekaa­n negara ini sesuai dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’. Sebanyak 50 buah kenderaan menyertai konvoi dan 44 buah kontinjen pelbagai kategori mengambil bahagian dalam perbarisan bagi menyemarak­kan lagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat daerah Kota Marudu 2018.

 ??  ?? CARLYLE memotong kek sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018 peringkat daerah Kota Marudu.
CARLYLE memotong kek sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018 peringkat daerah Kota Marudu.
 ??  ?? ARNOLD mengetuai perhimpuna­n dan perlepasan kontinjen dari SMK Kota Marudu ke Padang Majlis Daerah Kota Marudu.
ARNOLD mengetuai perhimpuna­n dan perlepasan kontinjen dari SMK Kota Marudu ke Padang Majlis Daerah Kota Marudu.
 ??  ?? KENDERAAN Jabatan Penerangan Malaysia Kota Marudu mengetuai konvoi.
KENDERAAN Jabatan Penerangan Malaysia Kota Marudu mengetuai konvoi.
 ??  ?? KONTINJEN Majlis Daerah Kota Marudu mengabadik­an gambar kenangan selepas di nobatkan sebagai johan berturut-turut.
KONTINJEN Majlis Daerah Kota Marudu mengabadik­an gambar kenangan selepas di nobatkan sebagai johan berturut-turut.
 ??  ?? CARLYE (kanan) menyampaik­an hadiah johan kategori Unit Beruniform Sekolah Menengah kepada Kadet Polis SMK Kota Marudu.
CARLYE (kanan) menyampaik­an hadiah johan kategori Unit Beruniform Sekolah Menengah kepada Kadet Polis SMK Kota Marudu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia