Utusan Borneo (Sabah)

Ustaz Zainal kekal ketua Usia Bahagian Kota Marudu

-

KOTA MARUDU: Ustaz Dainal @Zainal Aliudin mengekalka­n jawatannya sebagai ketua Usia Bahagian Kota Marudu bagi penggal 2018/2021 melalui Mesyuarat Agung Usia kali ke-32 yang diadakan di sebuah hotel di sini. Turut terpilih ialah Pengerusi Tetap Persidanga­n Usia Bahagian Datuk Ustaz Ismarah Madcasar, Timbalan Pengerusi Tetap Usia Bahagian Ustaz Japar Sidik Aliudin, Timbalan Ketua Usia Bahagian Ustaz Abdul Pakar Imam Kassam, Naib Ketua Usia Bahagian Ustaz Jamaludin Mangkisil, Ketua Badan Wanita Usia Bahagian Ramlah Ramelan, Ketua Badan Belia Usia Bahagian Mohd Ari Nadzrah Abdul Rahman dan Bendahari Usia Bahagian Amat Ali Omar. Sementara ahli jawatankua­sa dipilih terdiri daripada Ustaz Abdul Jabar Abdullah, Nuriah Haji Sinun, Ustaz Mohd Ajirin Abd Karim, Aine Buntarang, Haji Musa Haji Gani, Imam Mohd Qusyairi Abdullah, Noraji Isnin, Muhamad Nazzir Jamuan dan Mohammad Mamat. Ketua Bahagian Parti Warisan Kota Marudu Datuk Baintin Adun @ Abdul Halim dalam ucapan perasmiann­ya berkata, sekitar tahun 1950an sehingga 1960an kewujudan Usia berjaya melakar sejarah Sabah dari segi usaha menambah bilangan penganut agama Islam sehingga menjadi golongan majoriti dan seterusnya membawa kepada pengisytih­aran Islam sebagai agama rasmi di negeri Sabah. Katanya, sekitar tahun 1970 sehingga 1976, Usia berjaya mengislamk­an seramai 84,075 masyarakat berbilang kaum dan kesemuanya itu diilhamkan oleh pengasas dan Yang Dipertua Usia Allahyarha­m Tun Datu Haji Mustapha Datu Harun. “Bagaimanap­un, agenda dan peranan Usia dalam memimpin saudara baru/kita berkuranga­n disebabkan kekangan kewangan sebagai dana menjelajah dan menjalanka­n aktiviti terancang. “Maka, bermula pada tahun 1977, peranan Usia diambil alih oleh Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) manakala Usia kekal sebagai badan berpengaru­h dan dihormati oleh masyarakat Islam negeri ini. “Sebagai ahli Usia dan masyarakat yang beragama Islam, saya menyeru agar sama-sama kita mendalami sejarah dan ilmu pengetahua­n untuk dipanjangk­an kepada generasi hari ini dan akan datang sebagai tanggungja­wab kita menyampaik­an amanah Allah SWT,” katanya. Terdahulu, Dainal berkata kepimpinan yang ditonjolka­n dan dijadikan idola ialah kepimpinan yang meletakkan sesuatu pada tempatnya mengikut bidang masing-masing. Katanya, Usia Bahagian Kota Marudu mahu meneruskan legasi kepimpinan yang terdahulu dan dalam masa yang sama meraikan penambahba­ikan yang diperlukan dan dicadangka­n oleh rakanrakan seperjuang­an. Menurutnya, dalam ketegasan berperinsi­p demi mencapai objektif kepimpinan tahun ini, Usia bahagian ini menyatakan keterbukaa­nnya dalam mengalu-alukan sebarang idea dan saranan daripada warga Usia seluruhnya. “Usia merupakan badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang komited dalam mewujudkan suasana pembelajar­an dan kehidupan yang Islami sebagai khalifah pembanguna­n ruhiyyah juga mendapat tempat perhatian yang sama,” katanya. Sementara itu, pemerhati mesyuarat kali ini ialah Naib Yang Dipertua Usia Negeri Sabah Datuk Haji Abdul Latiff Kandok. Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Pembanguna­n merangkap Pengerusi Badan Dakwah Daerah Kota Marudu Hamdan Haji Saruddin, dan seluruh ahli jawatankua­sa Usia Bahagian Kota Marudu.

 ??  ?? ZAINAL mengabadik­an gambar kenangan bersama AJK Usia Bahagian Kota Marudu.
ZAINAL mengabadik­an gambar kenangan bersama AJK Usia Bahagian Kota Marudu.
 ??  ?? ZAINAL (tengah) menyampaik­an cendera kenangan kepada Baintin.
ZAINAL (tengah) menyampaik­an cendera kenangan kepada Baintin.
 ??  ?? ALI Nadzrah Abdul Rahman (kanan) menewaskan Ustaz Salleh Jatil bagi perebutan jawatan Ketua Badan Belia Usia Bahagian Kota Marudu.
ALI Nadzrah Abdul Rahman (kanan) menewaskan Ustaz Salleh Jatil bagi perebutan jawatan Ketua Badan Belia Usia Bahagian Kota Marudu.
 ??  ?? ZAINAL
ZAINAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia