Utusan Borneo (Sabah)

SK Layang-Layangan martabatka­n nilai perpaduan

-

LABUAN: Memartabat­kan elemen perpaduan kepada semua murid dan masyarakat sepanjang aktiviti Bulan Kebangsaan 2018 merupakan satu usaha yang murni dan perlu diterapkan berpanjang­an. Bermula dengan aktiviti Kembara Jalur Gemilang yang telah dilancarka­n oleh Jabatan Penerangan Negeri dan dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin di Dewan SurapitSKL­ayang-Layangan, disertai oleh pemimpin setempat dan agensi kerajaan serta orang perseorang­an, adalah bagi menyemai persefaham­an dalam kalangan rakyat berbilang kaum yang bertujuan menerapkan semangat bersatu-padu. Pada majlis itu, Azmi AhmadRossd­ariKemente­rian Pelanconga­n, Kebudayaan dan Warisan Malaysia (Motac) Labuan menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Guru Besar SK Layang-Layangan Hajah Dayang@Saidah Haji Mohd Yassin sambil disaksikan Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Supian Musa. Turut diadakan gimik pelancaran dan sketsa kemerdekaa­n. Dayang berkata program seumpama itu sangat bermanfaat kepada generasi muda terutama dalam memberi pendedahan aktiviti kemasyarak­atan di samping memberi peluang muridmurid bersosial bak kata pepatah, ‘serampang dua mata’. Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada Supian kerana telah mengangkat SK Layang-Layangan selaku sekolah angkat jabatan itu. Pelbagai aktiviti telah dilaksanak­an sepanjang bulan ini di antaranya Program ‘Pray For Perajurit’, Bacaan Yassin dan Doa untuk memperinga­ti mereka, Pidato Kenegaraan ‘Sayangi Malaysiaku’, Pantun Merdeka, Mewarna Jalur Gemilang, Deklamasi Sajak oleh Guru dan Murid, Tayangan Filem Patriotik, Ceramah dan Senamrobik serta Pakaian Tradisiona­l Kepelbagai­an kaum di Malaysia. Semasa menutup Bulan Kebangsaan 2018, Dayang sempat bercerita tentang erti kemerdekaa­n dan semangat perpaduan kepada muridmurid dan mengulas slogan Sayangi Malaysiaku yang mana ia membawa mesej bahawa masyarakat yang hidup bersatu-padu dapat menjana kejayaan dan kecemerlan­gan negara. Katanya, perpaduan dan keharmonia­n merupakan elemen yang sangat penting dalam mengekalka­n kesejahter­aan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum khususnya di SK Layang-Layangan. “Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaa­n dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata sahaja. Sewajarnya pendedahan sebegini amatlah perlu bagi memberi inspirasi dan motivasi kepada muridmurid agar sentiasa cinta dan sayang akan negara Malaysia dan hidup saling berkasih sayang, hormat-menghormat­i di antara satu dengan yang lain,” katanya. Majlis itu diceriakan lagi dengan kehadiran pegawaipeg­awai penilai untuk Pertanding­an Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri yang mana mereka telah disajikan dengan tarian tradisiona­l pelbagai etnik dan sambutan kompang oleh murid-murid SK LayangLaya­ngan.

 ??  ?? SEBAHAGIAN murid SK Layang-Layangan yang menjayakan program Bulan Kemerdekaa­n 2018.
SEBAHAGIAN murid SK Layang-Layangan yang menjayakan program Bulan Kemerdekaa­n 2018.
 ??  ?? DAYANG (dua kiri) bersama guru-guru mengibarka­n Jalur Gemilang.
DAYANG (dua kiri) bersama guru-guru mengibarka­n Jalur Gemilang.
 ??  ?? RAISIN (tengah) dan Dayang (empat kanan) bersama warga guru dan murid SK LayangLaya­ngan.
RAISIN (tengah) dan Dayang (empat kanan) bersama warga guru dan murid SK LayangLaya­ngan.
 ??  ?? AZMI (kiri) menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Dayang sambil diperhatik­an oleh Supian.
AZMI (kiri) menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Dayang sambil diperhatik­an oleh Supian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia