Utusan Borneo (Sabah)

Petani digesa amal MyGAP

Untuk bantu tingkatkan hasil pengeluara­n pertanian

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

PAPAR: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Daud Yusuf menggesa petani di negeri ini supaya menggunaka­n Amalan Pertanian Baik (MyGAP) kerana ia mampu membantu meningkatk­an hasil pengeluara­n. Beliau berkata, amalan MyGAP juga dilihat mampu memastikan produk hasil petani selamat untuk para pengguna. Justeru, golongan terbabit perlu melakukan perubahan kerana hasil pertanian dari ladang MyGAP mendapat permintaan tinggi khususnya di luar negara. Jelasnya, usaha itu sudah tentu memberi impak besar kepada petani dan negara apabila permintaan hasil pertanian tempatan yang sistematik dan menepati piawaian kualiti ditetapkan akan meningkat. “Statistik Jabatan Pertanian Sabah 2017 menunjukka­n industri tanaman makanan khususnya sayuran dan buah-buahan mencapai keluasan 43,600 hektar dan menyumbang lebih RM600,000 eksport ke luar negara. “Data ini jelas membuktika­n industri ini memberi sumbangan signifikan kepada ekonomi negeri dan sewajarnya keselamata­n makanan perlu dipelihara secara meluas melalui amalan MyGap oleh semua petani,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Seminar Pengusaha Tanaman Makanan Daerah Papar di Dewan Datuk Salleh Sulong, di sini pada Selasa. Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Pertanian Negeri Sabah Abd Latip Amit, Pegawai Daerah Papar Adenan Atin dan tetamu kehormat lainnya. Seramai 200 petani dan peladang dari seluruh Daerah Papar menyertai kursus amalan pertanian baik MyGap dan MyOrganic anjuran Jabatan Pertanian Negeri Sabah. Dalam perkembang­an sama, Daud yang juga Adun Bongawan berkata, program seumpama itu adalah sebahagian langkah berterusan jabatan bagi memastikan sayuran dan buah-buahan dikeluarka­n selamat. Katanya, melaluinya Jabatan Pertanian Sabah telah bekerjasam­a dengan Jabatan Kesihatan dan Lembaga Kawalan Racun Perosak Jabatan Pertanian Malaysia untuk pelaksanaa­n program berkenaan. “Pendaftara­n pensijilan MyGap dan MyOrganic diperkenal sebagai tambahan kepada sistem penanda yang perlu dipatuhi pengusaha dan pengekspor­t komoditi ke luar negara. “Bagaimanap­un, saya mahu kualiti keselamata­n makanan tanaman ini bukan difokuskan untuk eksport saja tetapi juga melibatkan kepentinga­n domestik supaya rakyat kita turut mendapat manfaat sama. “Jangan hanya kualiti eksport dijaga tetapi permintaan dalam negeri diabaikan, seolah-olah rakyat kita sebagai rakyat kelas kedua. Apa yang penting aspek eksport dan pasaran dalam negeri sama-sama diutamakan,” tegasnya.

Statistik Jabatan Pertanian Sabah 2017 menunjukka­n industri tanaman makanan khususnya sayuran dan buah-buahan mencapai keluasan 43,600 hektar dan menyumbang lebih RM600,000 eksport ke luar negara. Data ini jelas membuktika­n industri ini memberi sumbangan signifikan kepada ekonomi negeri dan sewajarnya keselamata­n makanan perlu dipelihara secara meluas melalui amalan MyGap oleh petani.” semua DR DAUD YUSUF , Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan

 ??  ?? DAUD merakamkan gambar album bersama sebahagian peserta yang hadir pada seminar itu.
DAUD merakamkan gambar album bersama sebahagian peserta yang hadir pada seminar itu.
 ??  ?? DAUD meninjau ke salah sebuah gerai pameran yang terdapat di majlis itu.
DAUD meninjau ke salah sebuah gerai pameran yang terdapat di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia