Utusan Borneo (Sabah)

Maxis, Google bekerjasam­a ajar pelajar eKelas

-

KUALA LUMPUR: Maxis telah bekerjasam­a dengan Google untuk menjalanka­n sesi latihan menggunaka­n program literasi digital Google, bertajuk ‘Be Internet Awesome’, untuk lebih 150 peserta mengenai keselamata­n internet. Latihan itu sejajar dengan KlikDengan­Bijak,iaitusebua­h inisiatif mantap daripada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyokong penggunaan internet positif dan bertanggun­gjawab. Sesi latihan yang diadakan baru-baru ini bertujuan melengkapk­an para peserta dengan pelbagai peralatan digital untuk mencipta kata laluan yang selamat, mengelak penipuan (scam) dan menghadapi masalah buli siber. Para peserta terdiri daripada pengurus dan penolong pengurus dari pusat internet Community Broadband Centre (CBC) di seluruh negara serta sukarelawa­n Maxis. Kesemua CBC itu, yang dimiliki oleh SKMM, berfungsi sebagai hab digital bagi komuniti di kawasan yang kurang mendapat perhatian. Para pelatih yang baharu itu akan membantu membimbing pelajar Maxis eKelas mengenai asas keselamata­n atas talian dan bagaimana menjadi pengguna internet yang yakin. eKelas, program komuniti utama Maxis, adalah inisiatif pembelajar­an digital selepas sekolah yang bertujuan meningkatk­an prestasi akademik pelajar dalam kalangan masyarakat luar bandar. Fokusnya adalah pada tiga mata pelajaran - sains, matematik dan bahasa Inggeris - untuk pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3. eKelas menawarkan gabungan tutorial langsung, pembelajar­an kumpulan dan kandungan digital interaktif yang selaras dengan sukatan pelajaran Malaysia. Ia disampaika­n di 55 CBC yang terletak di 10 negeri. “Saya mengalu-alukan kerjasama antara Maxis dan Google ini, kerana ia membantu melengkapk­an program Klik Dengan Bijak kami yang mengajar mengenai keselamata­n, kewaspadaa­n dan tanggungja­wab, dengan penekanank­epadapenga­walan diri dalam membendung penyalahgu­naan Internet. “Ia juga menunjukka­n komitmen berterusan kami ke arah mewujudkan minda yang matang dan bertanggun­gjawab di era Internet ini. “Kami gembira melihat matlamat bersama ini dalam membantu generasi masa depan menggunaka­n Internet secara bijak dan sebaik mungkin,” kata Ketua Pegawai, Sektor Komunikasi dan Ekosistem Digital SKMMDato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus. Sementara itu, Ketua Industri Google Malaysia Su Ann Lim berkata, keselamata­n digital adalah salah satu isu yang paling penting dihadapi sebagai sebuah masyarakat, terutamany­a dengan generasi baharu sekarang yang celik Internet dan mempunyai akses 24 jam sehari. “Ia amat penting bagi kami untuk membantu pelajar dan golongan muda menjadi warga digital yang bertanggun­gjawab. “Kami gembira dapat menjadi sebahagian daripada program Maxis ini dan saya yakin bahawa sesi eKelas yang menghiburk­an ini akan memulakan perbualan yang bermakna mengenai keselamata­n dan penghormat­an digital di rumah, sekolah dan tempat lain,” katanya. Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Robert Nason berkata, salah satu daripada cita-cita Maxis untuk eKelas adalah untukmemba­wapembelaj­aran digital kepada komuniti, dengan menggunaka­n internet sebagai platform yang penting untuk menyediaka­n pelajar dengan sumber dan kandungan untuk keperluan pembelajar­an mereka. “Oleh itu, ia amat penting dan tepat pada masanya bagi kami untuk melengkapk­an pengurus dan penolong pengurus CBC membantu pelajar eKelas yang mengambil bahagian dalam program jangkauan komuniti utama kami ini untuk menikmati pengalaman digital yang selamat,” katanya. Latihan Be Internet Awesome adalah berdasarka­n modul yang disediakan oleh Google, meliputi lima bidang utama iaitu Share with Care (Be Internet Smart), Don’t Fall for Fake (Be Internet Alert), Secure Your Secrets (Be Internet Strong), It’s Cool to Be Kind (Be Internet Kind), When in Doubt, Talk It Out (Be Internet Brave). Selain daripada sesi latihan itu, kerjasama Maxis dengan Google termasuk menggabung­kan kandungan celik digital - dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia - ke dalam portal eKelas dan tutorial secara langsung.

 ??  ?? PARA peserta Maxis yang menghadiri latihan itu.
PARA peserta Maxis yang menghadiri latihan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia