Utusan Borneo (Sabah)

Khabar gembira 800 penduduk

Kg Buayan, Tiku bakal nikmati bekalan elektrik 24 jam

-

KOTA KINABALU: Kira-kira 800 penduduk Kampung Buayan dan Tiku di kawasan Ulu Papar bakal menikmati bekalan elektrik 24 jam apabila Projek Mikro Hydro siap kelak. Projek itu yang dijangka mula dilaksanak­an November tahun ini akan dijalankan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pacos Trust dan Tobpinai Ningkokoto­n Koburuan Kampung atau Friends of Village Developmen­t (Tonibung) dengan kerjasama Shell. Menteri Pembanguna­n Luar Bandar EwonBenedi­ckmenyokon­gdanmengal­ualukan usaha murni Pacos-Tonibung dan Shell untuk membantu menyediaka­n bekalan elektrik di kawasan luar bandar dengan menggunaka­n teknologi hidro mikro. “Saya amat mengalu-alukan kerjasama Pacos-Tonibung dan Shell untuk menyediaka­n kemudahan bekalan elektrik di kawasan luar bandar sebagai pelengkap usaha kerajaan memberikan kemudahan asas kepada masyarakat luar bandar. “Bagi kawasan Kadamaian, hampir semua kampung mempunyai bekalan elektrik, namun kita mencadangk­an agar mana-mana kampung atau kawasan yang belum ada bekalan elektrik supaya dibina sebuah hidro mini di kawasan itu,” katanya. Beliau yang juga Adun Kadamaian berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada pihak Pacos, Tonibung dan Shell, di Bilik Mesyuarat Bangunan Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Sabah (KPLB), di sini pada Rabu. Rombongan itu disertai Penasihat Teknikal Projek Mikro Hydro Senator Adrian Lasimbang, Penasihat Prestasi Sosial Shell Alvin Chia, Pengurus Projek (Tonibung) Patrick Ginduh, Penyelaras Program Sosio Ekonomi Pacos Angelen Daransun dan Penyelaras Kivatu Nature Farm Maria Lasimbang. Sementara itu, Adrian berkata kunjungan hormat itu antaranya bertujuan menerangka­n kepada Ewon mengenai program terbaharu Pacos-Tonibung ‘Access To Energy’ di Kampung Buayan dan Tiku yang akan dilaksanak­an bersama Shell. Selain itu katanya, ia juga bertujuan menjemput Ewon melancarka­n program itu dan menyaksika­n majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an (MoU) antara PacosTonib­ung dan Shell yang dijangka diadakan pada Oktober ini depan. “Dalam projek ini, pihak Shell akan menyediaka­n peruntukan sejumlah RM300,000 untuk membangunk­an sebuah hidro mikro di kampung berkenaan bagi memberikan akses bekalan elektrik 24 jam kepada penduduk kampung seterusnya meningkatk­an sosio ekonomi penduduk kawasan itu. “Apabila siap kelak, kita menyasarka­n ia akan memberikan manfaat kepada kira-kira 800 penduduk di kawasan itu,” katanya. Adrian berkata, sebelum ini Pacos-Tonibung telah melaksanak­an pelbagai projek komuniti luar bandar termasuk Projek Mikro Hydro Solar Hybrid dan Program Pembanguna­n Sosio Ekonomi di Kampung Sabibingko­l Pensiangan. “Projek ini juga ditaja oleh Shell dan dilaksanak­an oleh Tonibung bersama masyarakat setempat. Ia dijangka siap Disember tahun ini. “Selain menyediaka­n bekalan elektrik, Pacos dan Tonibung juga bekerjsama untuk meningkatk­an ekonomi penduduk luar bandar dengan memberikan latihan serta program meningkatk­an keupayaan masyarakat­membangunk­anproduk kampung termasuk produk eko pelanconga­n,” katanya.

“Bagi kawasan Kadamaian, hampir semua kampung mempunyai bekalan elektrik, namun kita mencadangk­an agar mana-mana kampung atau kawasan yang belum ada bekalan elektrik supaya ” dibina sebuah hidro mini di kawasan itu. EWON BENEDICK, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

 ??  ?? EWON (tengah), Adrian (tiga kiri), Alvin (dua kanan), Patrick (dua kiri), Angelen (kiri), Maria (tiga kanan) dan Arron (kanan) bergambar bersama selepas kunjungan itu.
EWON (tengah), Adrian (tiga kiri), Alvin (dua kanan), Patrick (dua kiri), Angelen (kiri), Maria (tiga kanan) dan Arron (kanan) bergambar bersama selepas kunjungan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia