Utusan Borneo (Sabah)

LADA komited rancakkan industri pelanconga­n Langkawi

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

PULAU Langkawi yang terkenal dengan jolokan pulau lagenda terus berkembang maju seiring dengan pembanguna­n semasa. Berikutan itu, Lembaga Pembanguna­n Langkawi (LADA) komited melaksanak­an pelbagai inisiatif untuk memastikan pulau itu terus menjadi destinasi pilihan pelancong, sekali gus membantu merancakka­n lagi ekonomi setempat. Ketua Pegawai Eksekutif LADA Dato’ Haji Azizan Noordin berkata pihaknya menyasarka­n peningkata­n kehadiran pelancong kepada 5 juta orang ke Pulau Langkawi pada tahun 2020. Menurut beliau, peningkata­n sasaran itu adalah sejajar dengan penaikan taraf Lapangan Terbang Langkawi kepada status antarabang­sa, yang kini telah siap. Katanya, sebelum ini lapangan terbang berkenaan boleh menampung seramai 1.5 juta penumpang dan selepas penaiktara­f itu, ia boleh menampung sehingga 4 juta pelancong. Untuk rekod, Langkawi menerima lebih kurang 3.67 juta pelancong pada tahun lepas dengan pulangan pendapatan sebanyak RM6.5 bilion. “Industri pelanconga­n di Langkawi amat penting di sini dan lebih 80 peratus daripada penduduk tempatan bergantung kepada industri ini. Dengan itu, LADA menyediaka­n beberapa strategi baharu dari segi pemasaran dan promosi bagi menarik lebih ramai pelancong. “Tahun ini sahaja kita ada lebih 33 program yang diadakan bagi menarik minat pelancong domestik atau antarabang­sa. Kita juga ada lebih kurang 16 acara berteraska­n sukan seperti Ironman dan Oceanman. “Kita berharap pada masa akan datang, kita akan dapat pertingkat­kan lagi acara seumpama agar lebih ramai pelancong datang selain lebih banyak syarikat penerbanga­n berminat membuat penerbanga­n secara terus ke Langkawi,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Makan Malam Rakan Strategik sempena Kembara Media Langkawi 2018 di Hotel Aseania di sini. Hadir sama, wakil Pengerusi Jawatankua­sa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Zabidi Yahya, Ketua Pengarah Penerangan Malaysia Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman dan Pengarah Penerangan Negeri Kedah Nasruddin H Mahmud. Mengulas lanjut, Azizan berkata Langkawi telah menerima penerbanga­n terus daripada China dan Singapura, dan kini menyasarka­n untuk penerbanga­n dari India. Katanya, bagi suku tahun pertama pihaknya, mencatatka­n kehadiran lebih kurang 950,000 pelancong dengan kenaikan 1 peratus. Walaupun jumlah berkenaan sedikit, namun katanya ia merupakan satu petanda yang baik apabila pasaran bertambah pada awal tahun ini. “Kehadiran pelancong terdiri daripada China, India dan Arab. Pasaran terbaharu adalah pelancong dari Australia, United Kingdom, Jerman dan New Zealand. “Dengan sasaran 5 juta pelancong pada tahun 2020, kita mahu lagi 2,000 bilik hotel. Setakat ini, Langkawi mempunyai 11,839 bilik. Kalau nak capai jumlah pelancong sedemikian, LADA kena memainkan peranan untuk membawa lebih ramai pelabur luar atau dalam untuk melabur di sini. “Ia sama ada dengan membuka hotel, restoran bertaraf antarabang­sa ataupun tempat membelibel­ah bagi memenuhi permintaan pelancong terutama dari China, Arab dan India,” jelasnya. Pada 12 hingga 14 September lepas juga, Langkawi berbangga apabila buat julung kalinya menjadi tuan rumah bagi Pacific Asia Travel Associatio­n (PATA) Travel Mart 2018. Azizan berkata, program seumpama itu merupakan satu platform yang sangat baik dalam membantu mempromosi produk pelanconga­n yang ada di pulau berkenaan. “PATA Travel Mart bertujuan mempamerka­n produk dan khidmat pelanconga­n di kawasan Asia Pasifik. Sudah tentu kami di Langkawi tidak akan melepaskan peluang ini untuk membuka lebih banyak ruang dan peluang bagi meningkat industri pelanconga­n setempat. Kami berbesar hati menjadi tuan rumah pada kali ini,” jelasnya.

 ?? JABATAN ?? PEMANDANGA­N sekitar Pulau Langkawi dari puncak Langkawi Skycab. MAJLIS Makan Malam Rakan Strategik sempena Kembara Media Langkawi 2018. - PENERANGAN MALAYSIA
JABATAN PEMANDANGA­N sekitar Pulau Langkawi dari puncak Langkawi Skycab. MAJLIS Makan Malam Rakan Strategik sempena Kembara Media Langkawi 2018. - PENERANGAN MALAYSIA
 ??  ?? berasaskan seramik yang boleh didapati di Kompleks Kraf Langkawi. BARANGAN LUKISAN batik.
berasaskan seramik yang boleh didapati di Kompleks Kraf Langkawi. BARANGAN LUKISAN batik.
 ??  ?? Kembara Media Langkawi 2018 bersama Pengarah Kompleks Kraf Langkawi, Rosman Manan.
Kembara Media Langkawi 2018 bersama Pengarah Kompleks Kraf Langkawi, Rosman Manan.
 ??  ?? berbentuk lukisan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad bersama isterinya yang dipamerkan di Galeria Perdana. HADIAH
berbentuk lukisan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad bersama isterinya yang dipamerkan di Galeria Perdana. HADIAH
 ??  ?? yang sesuai untuk bersantai di NAAM Paradise 101. LOKASI
yang sesuai untuk bersantai di NAAM Paradise 101. LOKASI
 ??  ?? ramai pelancong di Langkawi Skycab. KEHADIRAN
ramai pelancong di Langkawi Skycab. KEHADIRAN
 ??  ?? indah dari jeti untuk ke NAAM Paradise 101. PEMANDANGA­N
indah dari jeti untuk ke NAAM Paradise 101. PEMANDANGA­N
 ??  ?? menyampaik­an cenderahat­i kepada Azizan.
menyampaik­an cenderahat­i kepada Azizan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia