Utusan Borneo (Sabah)

Andre cipta rekod baharu

Emas lompat kijang lelaki dengan catatan 15.91m

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Andre Anura @ Anuar juara lompat kijang lelaki SUKMA XIX Perak dengan catatan 15.91m yang juga rekod baharu kejohanan.

Acara yang berlangsun­g di Stadium Perak, Ipoh itu menyaksika­n atlet berusia 19 tahun dari Tenom tetapi berlatih dan belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil berkenaan dua kali memadamkan rekod lama kejohanan 15.57m. Dua lompatan pertama dibatalkan, Andre kemudian mencatat 14.95m untuk terus berada dalam persaingan. Lompatan keempatnya juga dibatalkan tetapi kemudian memadamkan rekod kejohanan pada lompatan kelima dengan catatan 15.89m sebelum memperbaik­inya lagi pada lompatan terakhir. Pingat emas untuk skuad olahraga itu juga menebus kekecewaan­nya hanya menang perak acara lompat jauh pada Selasa. “Saya memang yakin boleh menang emas dengan rekod baharu kerana telah membuat persiapan baik. “Catatan terbaik saya sebelum ini adalah 15.69m semasa Terbuka Malaysia tahun ini tetapi dalam latihan sya boleh buat 15.95m...itupun melalui 10 langkah punya larian sahaja. Di SUKMA ini saya buat larian penuh (dalam 15 langkah). Sebab itu saya yakin boleh menang emas dengan rekod baru,” katanya ketika dihubungi. Bagaimanap­un pembatalan dua lompatan pertama sedikit merisaukan­nya kerana jika lompatan seterusnya dibatalkan lagi, beliau akan tersingkir dari pertanding­an. “Rasa tertekan jugalah tetapi saya dapat tenangkan diri dan atur balik langkah, fokus sampailah saya menang,” katanya. Andre mensasarka­n mewakili negara ke Sukan SEA Manila tahun hadapan.

Saya memang yakin boleh menang emas dengan rekod baharu kerana telah membuat persiapan baik. ANDRE ANURA @ ANUAR Atlet Sabah

 ??  ?? LOMPATAN emas Andre dalam acara lompat kijang.
LOMPATAN emas Andre dalam acara lompat kijang.
 ??  ?? ANDRE di skrin yang memaparkan namanya selaku juara dengan catatan rekod baharu kejohanan acara lompat kijang.
ANDRE di skrin yang memaparkan namanya selaku juara dengan catatan rekod baharu kejohanan acara lompat kijang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia