Utusan Borneo (Sabah)

Eugenius terus menyinar raih emas keempat memanah

- -Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Eugenius Loh Foh Soon terus menyinar dengan memenangi pingat emas keempat peribadiny­a dan juga untuk skuad memanah di SUKMA XIX Perak. Eugenius yang sebelum ini menang hatrik emas menerusi acara 30m, 50m dan 70m compound lelaki inividu, menambahny­a lagi menerusi acara compound individu mengetepik­an pencabarny­a M Khambeswar­an dari Pulau Pinang pada final di Padang Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar kelmarin. Sumbangan solo Eugenius itu menghampir­kan skuad memanah mencapai sasaran enam pingat emas menjadikan­nya penyumbang terbanyak emas setakat semalam. Sambil itu, Sabah menang empat emas, lima perak dan 12 gangsa sehingga jam 8.00 malam pada Rabu. Tiga lagi pingat emas dimenangi Andre Anura @ Anuar dalam cara lompat kijang lelaki, gandingan Gabriel Gilbert Daim/Jellson Jabilin (terjun 3m papan anjal seirama) dan Mohd Faizikry Jumah (berbasikal merentas desa lelaki). Pingat perak dimenangi pasukan 4x100m wanita (Chelsea, Ikma, Nur Aishah Rofina Aling, Karmentina Nadia Quadra), gandingan Rozinah Janil/Joysherlyn Junih (silat Ganda wanita), Brandon Denoley Luise (dua pingat perak gimnastik artistik) dan pasukan 4x100m renang wanita. Pingat gangsa pula dimenangi pasukan 4x100m lelaki (Desmond Wong, Tonga Jody Edmund, Mohammad Nor Musyaraf Mohd Sari, Muhammad Din Norbik), Johari Daniel Gray (tinju light weight 60kg), Adrian Junior James (tinju light welter 64kg), Mohd Syahmizan Hamsah (tinju light heavy 81kg), Fariz Uwimir Fazil @ Fadzil (tinju heavyweigh­t 91kg), Ainie Markus (basikal merentas desa wanita), Riedzwan Norsyahmie Daud (muaythai 48-51kg lelaki), Nur Adriana Dania Nazri (muaythai 45-48kg wanita), Andi Ahmad Mohd Ali (silat 85-90kg lelaki kelas I), Amran Maklin (silat 90-95kg lelaki kelas J) dan Nor Farah Mazlan (silat 45-50kg wanita Kelas A). Ia menjadikan jumlah keseluruha­n pingat Sabah setakat semalam kepada 18 emas, 17 perak dan 35 gangsa.

 ??  ?? EUGENIUS meraih pinag emas keempat memanah. PASUKAN renang 4x100m wanita menang pingat perak.
EUGENIUS meraih pinag emas keempat memanah. PASUKAN renang 4x100m wanita menang pingat perak.
 ??  ?? PASUKAN olahraga 4x100m wanita menang pingat perak.
PASUKAN olahraga 4x100m wanita menang pingat perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia