Utusan Borneo (Sabah)

Pemancing dari Subang hilang, jatuh laut di perairan Sepanggar

Mangsa dari Subang, Selangor, datang ke Sabah untuk urusan perniagaan sebelum keluar memancing menaiki bot kayu

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan hilang selepas terjatuh ke dalam laut semasa menjalanka­n aktiviti memancing di perairan Sepanggar, awal pagi Rabu. Mangsa Chong Cheon Kean, 48, masih dicari pasukan mencari dan menyelamat (SAR) selepas hilang kira-kira jam 3.30 pagi. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata mangsa bersama anaknya dan dua lagi rakan menaiki bot di perairan terbabit untuk memancing. “Mangsa yang juga ahli perniagaan berasal dari Perak itu kemudianny­a terjatuh dari bot mereka sebelum dicari oleh anak serta rakannya. “Oleh kerana gagal menemukan mangsa, anak dan rakannya kemudian bertindak membuatlap­oranpolisp­adajam 5.20 pagi sebelum gerakan SAR dilaksanak­an membabitka­n Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Gerakan Marin dan Pasukan Gerakan Udara (PGU),” katanya. Sementara itu, Pegawai Perhubunga­n Awam APMM Sabah Leftenen Muda (M) Nuraisyah Najwa Mehip Abdullah dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 8 pagi Rabu. “Maklumat kejadian mendapati mangsa datang dari Subang, Selangor untuk urusan perniagaan sebelum keluar memancing menaiki bot kayu dengan enjin berkapasit­i 15hp.

“Semasa kejadian, mangsa memakai jaket biru gelap serta seluar jeans pendek dan tidak memakai jaket keselamata­n. LEFTENEN MUDA (M) NURAISYAH NAJWA MEHIP ABDULLAH Pegawai Perhubunga­n Awam APMM Sabah

“Semasa kejadian, mangsa memakai jaket biru gelap serta seluar jeans pendek dan tidak memakai jaket keselamata­n,” katanya sambil menambah, mangsa dimaklumka­n tidak pandai berenang. Beliau berkata mangsa terjatuh ke dalam laut semasa membaling pancing ke laut dan pada masa sama ombak sederhana menghempap bot menyebabka­n mangsa terhumban ke laut dan separuh daripada bot terbabit turut digenangi air laut. “Operasi SAR diaktifkan jam 8.50 pagi dan Bot Pengawal 39 digerakkan untuk pemantauan di keluasan empat sektor pencarian meliputi 45 batu nautika persegi. “Orang ramai yang mempunyai maklumat bolehlah menghubung­i talian Pusat Operasi Maritim Negeri di talian 088-270165,” katanya.

 ??  ?? (kanan) semasa berada di Pusat Operasi SAR. HABIBI
(kanan) semasa berada di Pusat Operasi SAR. HABIBI
 ??  ?? masih dicari pasukan SAR. CHONG
masih dicari pasukan SAR. CHONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia