Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan adik beradik Geng Emas, 23 kes selesai

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PENAMPANG: Polis menahan dua beradik terbabit dalam 23 siri kes pecah rumah sekitar sini dan Putatan sejak penghujung tahun lalu. Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Mohd Harris Ibrahim berkata kedua-dua suspek berumur 30 dan 35 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan pada 6 hingga 7 September lalu. “Suspek pertama ditahan di Kampung Pogunon di sini kira-kira jam 8 pagi selepas anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Penampang melakukan risikan serta mendapat maklumat awam. “Tangkapan pertama berjaya menahan penjenayah kedua yang juga abang suspek berumur 35 tahun di Buhavan Square jam 11 pagi sehari selepas penahanan adiknya,” katanya pada sidang media di IPD Penampang pada Rabu. Harris berkata hasil siasatan lanjut melalui tempoh tahanan reman terhadap suspek mendapati kumpulan dikenali Geng Emas itu menjalanka­n kegiatan pecah rumah dengan menyasarka­n rumah kosong di beberapa perkampung­an di sini sehingga Putatan. “Dua beradik ini aktif sejak Oktober tahun lalu dan memecah masuk rumah penduduk kampung semasa penghuni meninggalk­an rumah sepanjang waktu bekerja. “Mereka akan melarikan barangan kemas termasuk gelang, cincin serta rantai dan barangan elektrik di dalam rumah yang dipecah masuk, dan mereka menggunaka­n alat komunikasi jarak jauh (walkie talkie) semasa menjalanka­n kegiatan pecah rumah ini bagi memastikan kegiatan terbabit berjalan lancar,” katanya. Tambahnya barangan yang diperolehi kemudian dijual di kawasan Putatan, Penampang serta Kota Kinabalu secara rambang. Menurutnya, sepanjang tempoh siasatan dijalankan, pihaknya berjaya merampas sejumlah barangan berharga RM347,000 termasuk keseluruha­n barangan kemas bernilai RM35,000. “Polis juga merampas beberapa barangan pecah rumah termasuk alat perhubunga­n jarak jauh, kuku kambing, mesin pemotong besi serta beberapa barangan memecah rumah lain,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana melakukan penceroboh­an dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana menjalanka­n pecah rumah. Harris berkata dengan tertangkap­nya dua suspek itu, pihaknya berjaya menyelesai­kan 23 kes pecah rumah sepanjang tempoh penghujung 2017 sehingga kini.

 ??  ?? HARRIS (dua kiri) menunjukka­n barangan kemas yang berjaya dirampas daripada suspek.
HARRIS (dua kiri) menunjukka­n barangan kemas yang berjaya dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia