Utusan Borneo (Sabah)

TAMBAHAN RM10 JUTA

Dana untuk biasiswa pendidikan

-

KOTA KINABALU: Kumpulan Yayasan Sabah mengumumka­n dana tambahan RM10 juta bagi biasiswa pendidikan untuk pelajar yang mahu melanjutka­n pendidikan tertiari mereka. Pengarah Yayasan Sabah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ICSB Haji Jamalul Kiram Mohd Zakaria (gambar) berkata dana berkenaan diberikan secara berperingk­at dalam masa setahun. Katanya dana pendidikan itu adalah tepat pada masanya dan amat diperlukan. “Bilangan pelajar yang melanjutka­n pelajaran di institusi pengajian tinggi meningkat setiap tahun. Kebanyakan mereka adalah dari keluarga berpendapa­tan rendah dan sederhana yang sangat memerlukan biasiswa dan pinjaman. “Mereka sering menghadapi masalah melanjutka­n pelajaran kerana terpaksa menanggung kos seperti tambang kapal terbang, yuran pendaftara­n dan perbelanja­an lain sebelum mendapat tawaran daripada mana-mana penaja. “Justeru, bantuan pendidikan ini sudah tentu akan meringkank­an beban para pelajar,” katanya. Jamalul berkata dana khas itu adalah inisiatif Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal dalam membantu pelajar cemerlang tetapi kurang berkemampu­an, yang baru memasuki institusi pengajian tinggi. “Kumpulan Yayasan Sabah amat yakin inisiatif ini akan memperting­katkan lagi program pendidikan kumpulan ini sejajar dengan hala tuju dan polisi pendidikan kerajaan negeri,” tambahnya. Dana itu dibahagika­n kepada dua kategori di mana pelajar diploma tahun pertama dan ijazah yang memasuki institusi pengajian tinggi di Sabah akan menerima bayaran secara ‘oneoff’ sebanyak RM1,000 untuk setiap pelajar. Sementara setiap pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggi di Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia akan menerima RM2,000. Pembiayaan juga diberikan kepada pelajar yang memasuki kolej matrikulas­i Kementeria­n Pendidikan Malaysia serta mereka yang mengambil kursus asas di mana-mana universiti milik kerajaan di Malaysia dan kursus pensijilan di Kolej Teknikal Yayasan Sabah. Dianggarka­n seramai 5,000 pelajar dari seluruh Sabah akan menerima pembiayaan pendidikan mereka pada tahun ini. Pelancaran dana pendidikan itu akan diadakan esok (21 September) di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha, yang dijangka akan disempurna­kan oleh Shafie.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia