Utusan Borneo (Sabah)

Armada MAWILLA 2 terima dua aset baharu

KD Paus, KD Jerong tingkatkan keselamata­n pantai timur Sabah

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Armada Markas Wilayah Laut Dua (MAWILLA 2) menerima dua aset baharu, Kapal Diraja (KD) Paus dan KD Jerong dalam usaha memperheba­tkan kawalan keselamata­n perairan pantai timur Sabah. Penerimaan dua aset baharu itu adalah detik bersejarah terhadap Armada MAWILLA 2, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sandakan yang merupakan salah satu inisiatif TLDM dalam menampung keperluan aset berikutan kawasan pantai timur Sabah mempunyai kawasan operasi yang luas dan mencabar. KD Paus dan KD Jerong diterima dari Markas Armada Timur merupakan kapal dari kelas Skuadron Kapal Ronda Laju Ke-6 (SKRL 6) yang telah lama berkhidmat dan berpangkal­an di Kota Kinabalu. Kedua-dua kapal ini bukanlah asing di Pangkalan TLDM Sandakan berikutan kedua-dua kapal itu juga pernah terlibat dalam operasiope­rasi yang dilaksanak­an di bawah pemerintah­an Markas Wilayah Laut 2. Ketibaan KD Paus yang diperintah oleh Leftenan Komander Nor Hisham Rahmad dan KD Jerong diperintah, Leftenan Komander Mohd Syamir Mohamad Shokri telah disambut oleh Panglima Wilayah Laut Dua (PANGWILLA 2) Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam bersamasam­a warga MAWILLA 2 di Tambatan Pangkalan Sandakan. Sebagai simbolik bermulanya pengoperas­ian di MAWILLA 2, Ganesh telah menyambut ‘first line’ dari KD Jerong dan meletakkan di bollard jeti. Seterusnya KD Paus telah merapat di lambung kanan KD Jerong. Sejurus ketibaan keduadua kapal itu, kesemua krew kapal telah berhimpun di atas jeti dan bersalaman dengan Ganesh serta semua ketua bahagian di MAWILLA 2. Dalam ucapannya, Ganesh mengalu-alukan kedatangan kedua-dua kapal ke dalam keluarga besar MAWILLA 2 dan berharap dua kapal itu bersedia untuk memulakan operasi di MAWILLA 2, sekali gus dapat terus menyumbang kepada pengoperas­ian markas itu. Di samping itu juga, PANGWILLA 2 turut menekankan aspek kebajikan khususnya bagi krew keduadua buah kapal di mana kebanyakan ahli keluarga mereka masih berada di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dan menyatakan juga bahawa MAWILLA 2 tidak menghadapi kekangan dalam aspek perumahan dengan memperuntu­kkan Rumah Keluarga TLDM kepada mereka yang ingin membawa keluarga mereka berpindah ke Sandakan. Penyerahan KD Paus dan KD Jerong itu kepada MAWILLA 2 dijangka dapat meningkatk­an tahap keselamata­n di perairan pantai timur Sabah khasnya selain mengubah imej dan memberi nafas baharu kepada Armada MAWILLA 2, khususnya dalam misi memperkuku­hkan pertahanan perairan negara. Dengan penambahan dua kapal itu, kini Armada MAWILLA 2 terdiri daripada enam kapal dari SKRL Ke-6 iaitu KD Paus, KD Jerong, KD Baung, KD Todak, KD Pari dan KD Yu. Secara keseluruha­nnya, Armada MAWILLA 2 kini dibarisi sebanyak 10 kapal dan dua pangkalan laut serta botbot tempur bagi memenuhi keperluan operasi. Inisiatif TLDM itu akan dapat memperkasa­kan lagi keupayaan dan kapasiti yang sedia ada di Markas Wilayah Laut 2 dalam memastikan keamanan dan kesejahter­aan sentiasa terpelihar­a khususnya di perairan pantai timur Sabah.

 ??  ?? KD Jerong diikuti KD Paus merapat ke jeti MAWILLA 2, Pangkalan TLDM Sandakan.
KD Jerong diikuti KD Paus merapat ke jeti MAWILLA 2, Pangkalan TLDM Sandakan.
 ??  ?? GANESH bersalaman dengan Nor Hisham diikuti Mohd Syamir.
GANESH bersalaman dengan Nor Hisham diikuti Mohd Syamir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia