Utusan Borneo (Sabah)

Rompak kedai serbaneka: Penganggur dipenjara 48 bulan, dua sebatan

-

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dipenjara 48 bulan dan dua sebatan selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan rompak bersenjata­kan pisau di beberapa buah kedai serbaneka di sekitar ibu negara dengan mengambil rokok pelbagai jenama dan wang. Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhka­n hukuman penjara 36 bulan terhadap Siah Chee Ming, 43, bagi pertuduhan pertama, penjara 42 bulan dan satu sebatan untuk pertuduhan kedua manakala pertuduhan ketiga hukuman penjara 48 bulan dan satu sebatan. Mahkamah memerintah­kan Siah menjalani hukuman penjara itu secara serentak bermula dari tarikh tangkap pada 2 Ogos lepas. Bagi pertuduhan pertama, bapa kepada dua anak itu didakwa melakukan rompak terhadap Miah Md Babul dengan menunjukka­n pisau dan mengambil 15 kotak rokok pelbagai jenis di KK Mart, Taman Intan Baiduri, Kepong, pada 12.18 tengah malam, 28 Julai lepas. Dia juga dituduh merompak Kanwar Chitra Bahadur dengan menunjukka­n pisau dan mengambil wang tunai berjumlah RM154 di 7 Eleven, Jinjang Utara pada 12.01 tengah malam, 1 Ogos lepas. Bagi pertuduhan ketiga tertuduh didakwa melakukan rompak bersenjata­kan sebilah pisau terhadap Sadura Ramli dengan mengambil enam kotak rokok pelbagai jenama, kad tambah nilai Digi dan Umobile masing-masing bernilai RM30, melibatkan kerugian RM830 di KK Supermart dan Superstore Taman Kepong, Sentul, pada 8.45 pagi, 2 Ogos lepas, Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakand­endasertas­ebatan, jika sabit kesalahan. Dalam rayuannya Siah yang mempunyai jenayah lampau dan pernah dimasukkan ke penjara pada 2003 atas kesalahan membakar telefon memohon hukuman ringan kerana telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sama. “Saya tidak mahu buat lagi, saya mohon maaf,” katanya. Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran mengambil kira faktor kepentinga­n awam. Mengikut fakta kes, Siah telah pergi ke kedai serbaneka dan berpurapur­a ingin membeli rokok, bagaimanap­un selepas juruwang mengimbas kesemua rokok berkenaan dia bertindak melarikan rokok itu dan siasatan dari kamera litar tertutup (CCTV) didapati tertuduh tidak memakai penutup muka ketika melakukan rompakan berkenaan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia