Utusan Borneo (Sabah)

Miliki pistol tiruan, lelaki dipenjara dan denda

- SADDAM EDRIS Oleh

KOTA KINABALU: Akibat memiliki pistol tiruan, seorang lelaki dikenakan denda dan penjara satu hari oleh Mahkamah Majistret, di sini. Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhka­n hukuman berkenan terhadap Sufdainal Helmi Ahmad Alawi, 45, setelah mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki sepucuk pistol tiruan di Kampung Sembulan pada 17 Julai jam 8.20 pagi. Untuk itu, dia boleh dikenakan hukuman dibawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntu­kan penjara selama satu tahun dan denda atau kedua- duanya sekali, jika sabit kesalahan. Berdasarka­n fakta kes, pengadu iaitu anggota polis sedang membuat rondaan dan menahan kereta kepunyaan tertuduh disebabkan dalam keadaan mencurigak­an. Setelah itu, polis membuat pemeriksaa­n dan menjumpai sepucuk pistol tiruan berwarna hitam di pintu kanan kereta. Bagaimanap­un, beliau dalam rayuannya meminta agar mahkamah meringanka­n hukuman dengan alasan membeli pistol itu dalam atas talian untuk menangani masalah tikus di rumahnya. Selain itu katanya, pistol itu diletakkan dalam kereta disebabkan berselisih faham dengan isterinya dan risau akan keselamata­n anaknya jika disimpan di dalam rumah. Mahkamah bagaimanap­un memutuskan tertuduh menjalani hukuman penjara selama satu hari dan denda RM3,500. Jika gagal membuat pembayaran, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama enam bulan. Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Albert Basirin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia