Utusan Borneo (Sabah)

Didenda RM3,000 jalankan operasi hiburan awam lebih masa

- SADDAM EDRIS Oleh

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didenda RM3,000 atau penjara dua bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini Rabu, atas kesalahan menjalanka­n perniagaan hiburan awam melebihi masa yang ditetapkan. Mohd Firdaus Abdullah, 39, dikenakan hukuman denda itu oleh Majistret Stephenie Sherron Abbie, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 4 (1) Ordinan Hiburan Awam 1958. Hukuman yang diperuntuk­kan, boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga tempoh setahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Tertuduh didapati membuka dan menjalanka­n operasi hiburan melebihi masa, pada 16 September jam 2.30 pagi di sebuah premis hiburan, Inanam Capital, di sini. Mengikut fakta kes, satu laporan dibuat oleh pengadu yang menyatakan, satu serbuan dan tangkapan dilakukan di sebuah premis hiburan yang beroperasi melebihi masa dibenarkan. Bertindak berdasarka­n maklumat, pengadu bersama sepasukan polis ke premis berkenaan dan mendapati, aktiviti perniagaan masih dijalankan. Tempoh masa yang dibenarkan untuk menjalanka­n perniagaan bagi premis hiburan dari jam 2 petang hingga jam 2 pagi. Dalam rayuan, tertuduh memohon hukuman diringanka­n kerana baru sahaja bekerjadip­remisberke­naandan masih memiliki tanggungan. Dalam mahkamah berasingan, Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan tarikh 18 Oktober bagi pengurusan kes terhadap Mohammad Rizal Mulpi Sitayan, 28, yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melupuskan harta curi. Mengikut pertuduhan, Rizal didakwa secara sengaja menggadai seutas gelang emas dan sebentuk cincin yang dipercayai harta curi di sebuah premis pajak gadai, Putatan, di sini. Untuk itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua- duanya jika sabit kesalahan. Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dicagarkan dengan dua penjamin tempatan dan diarah melapor diri kepada pegawai penyiasat sebulan sekali. Kedua- dua pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Albert Basirin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia