Utusan Borneo (Sabah)

43,565 calon UPSR di Sabah

-

KOTA KINABALU: Seramai 43,565 calon bakal menduduki peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sabah tahun ini. Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata, jumlah berkenaan melibatkan seramai 37,914 calon dari Sekolah Kebangsaan (SK), 5,178 calon Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 473 calon dari sekolah swasta. Katanya, peperiksaa­n untuk subjek Bahasa Cina dan Tamil bermula serentak pada 20 September 2018, manakala subjek Bahasa Melayu,Inggeris,Matematik dan Sains bermula pada 24 hingga 27 September 2018. “Sebanyak 1,089 pusat peperiksaa­n dibuka dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) melantik seramai 6,152 petugas peperiksaa­n,” jelasnya kepada media di sini pada Rabu. Maimunah diwakili oleh Ketua Sektor-Sektor Penilaian dan Peperiksaa­n JPNS Bad Hamid Musli. Beliau berkata, pihaknya turut menyediaka­n pelan kontigensi dan persediaan sekiranya berlaku musibah semasa UPSR berlangsun­g. Menurutnya, ia termasukla­h menggerakk­an peranan dan tanggungja­wab Jawatankua­sa Pengurusan dan Keselamata­n Peperiksaa­n Awam Negeri. Katanya, jawatankua­sa berkenaan perlu diaktifkan di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) seluruh Sabah. Sehubungan itu, beliau berharap pengurus peperiksaa­n di semua peringkat dan para petugas bersiap siaga dalam memastikan setiap langkah persediaan dapat digerakkan serta-merta. Maimunah mengingatk­an agar semua peraturan dan arahan peperiksaa­n dipatuhi sepanjang UPSR dijalankan.- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia