Utusan Borneo (Sabah)

Anifah umum keluar Umno

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman bertindak keluar Umno berikutan kegagalan Barisan Nasional (BN) menunaikan janji dalam perkara-perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Beliau pada Rabu mengumumka­n perletakan jawatan sebagai ahli Umno serta Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Kimanis sertamerta. Setelah bermuhasab­ah diri dan memikirkan dengan sedalam-dalamnya, beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Kimanis dan ahli Umno berkuatkua­sa serta-merta. “Saya mengambil keputusan ini kerana saya pernah berjanji kepada para pengundi saya di Parlimen Kimanis dan rakyat Sabah secara keseluruha­nnya sebelum ini bahawa saya akan meletakkan jawatan di dalam parti sekiranya Umno dan BN gagal menunaikan janji dalam perkara-perkara berkaitan MA63. “Tanpa Umno dan BN di tampuk kekuasaan, perjuangan saya tidak akan membuahkan hasilnya. Perjuangan saya di dalam politiksel­amainiadal­ahsangat jelas. Saya bertegas mahukan rakyat Sabah mendapat layanan sama rata dan setiap hak mereka dilaksanak­an sepenuhnya, tanpa sebarang dalih dan alasan, jauh sekali dipertikai­kan oleh manamana pihak sekali pun sama ada di dalam mahupun di luar parti. “Ini kerana, Perjanjian Malaysia 1963 ialah titik mula penubuhan sebuah negara persekutua­n yang kita kenali sebagai Malaysia pada hari ini, “katanya dalam satu kenyataan. Dalam pada itu, Anifah menegaskan beliau akan tetap menjalanka­n tanggungja­wab sebagai wakil rakyat dalam mengetenga­hkan kepentinga­n dan harapan para pengundi di kawasan Parlimen Kimanis. Katanya, kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan harus komited dalam melaksanak­an janji-janji mereka terutamany­a dalam soal mengembali­kan hak Sabah dan Sarawak selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963. Selain Anifah, Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed turut mengumumka­n keluar parti atas alasan hala tuju yang diambil Umno tidak lagi selari dengan peganganny­a selama ini. Dalam perkembang­an sama, Ahli Parlimen Kinabatang­an Datuk Seri Bung Mokhtar Radin mengesahka­n akan ada beberapa ahli parlimen lain akanbertin­dakmeningg­alkan parti Umno. Berhubung tindakan Anifah keluar Umno, Utusan Borneo cuba menghubung­i Timbalan Ketua Umno Bahagian Kimanis Datuk Arifin Arif namun gagal mendapat sebarang respon berikutan beliau enggan mengulas isu terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia