Utusan Borneo (Sabah)

Abdul Aziz akan pangku jawatan ketua Umno Bahagian Jeli

-

KOTA BHARU: Timbalan Ketua Umno Bahagian Jeli Datuk Abdul Aziz Derashid akan memangku jawatan ketua Umno Bahagian itu yang dikosongka­n selepas penyandang­nya Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumka­n keluar daripada Umno pada Selasa. Beliau meminta seluruh anggota Umno bahagian tersebut bertenang dengan tindakan Mustapa itu dan memberi tumpuan kepada perjuangan parti. “Saya akan bertemu dengan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini bagi membincang­kan tindakan Mustapa itu dan langkah-langkah seterusnya yang akan diambil bagi memperkuku­hkan parti,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu. Semalam, Mustapa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas serta bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, mengumumka­n keluar Umno selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti itu susulan hala tuju Umno kini tidak selari dengan perjuangan­nya. Mengulas perkara sama, Veteran UMNO Kelantan tidak menjangka pemimpin ‘besar’ seperti Mustapa boleh meninggalk­an Umno tanpa menunjukka­n tandatanda lebih awal beliau mahu berbuat demikian. Pengerusin­ya Datuk Mohd Rozali Isohak berkata veteran terkejut dengan tindakan bekas Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Kelantan itu namun menghormat­i pendiriann­ya. “Veteran UmnoKelant­an berpandang­an tindakan Mustapa itu tidak sesuai ketika parti kini sedang menghadapi masalah besar,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Mohd Rozali yang juga Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Kelantan, berkata walaupun tindakan Mustapa itu akan memberi sedikit kesan terutama kepada Umno Kelantan namun beliau yakin majoriti anggota parti tersebut masih teguh dengan perjuangan Umno.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia