Utusan Borneo (Sabah)

SK Sungai Bedaun pertahan kejuaraan perbarisan Hari Malaysia

-

LABUAN: Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun sekali lagi menjadi johan perbarisan sempena Sambutan Hari Malaysia 2018 peringkat Wilayah Persekutua­nLabuanKat­egori Sekolah Kebangsaan / Sekolah Rendah Agama. Dengan kejayaan itu, SK Sungai Bedaun membawa balik hadiah wang tunai sebanyak RM1,500, yang diterima Guru Besar Dg Sarifah A Mahmod daripada Menteri Wilayah Haji Khalid Abd Samad di Dataran Labuan pada Ahad. Kontinjen SK Sungai Bedaun terdiri daripada 35 murid berbilang kaum, yang diketuai oleh Muhammad Qabil Farhan, pembawa papan tanda Meredith Joan Ukang, pembawa Jalur Gemilang Muhammad Syaffiq Muhammad Sidik, pembawa bendera Wilayah Persekutua­n Ravi Varma A/L Regunathan dan pembawa bendera SK Sungai Bedaun Muhammad Amir Muadz Kamarulzam­an. Bagi memastikan kejayaan pasukan perbarisan SK Sungai Bedaun sempena sambutan Hari Malaysia kali ini, setiap guru mempunyai peranan masing-masing dalam menguruska­n pasukan itu. Dg Sarifah telah melantik Shafawati Seliat sebagai jurulatih Pasukan Perbarisan SK Sg Bedaun yang dibantu pengurusan pakaian murid perbarisan diketuai oleh Ustazah Saudah Abdul Wahab dan dibantu oleh guru-guru, AKP serta AJK PIBG yang diketuai oleh Wiwik Sudirman. Beliau berkata, kejayaan itu lebih manis lagi kerana walau pun dalam keadaan yang sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti, dengan izin Allah SWT, SK Sungai Bedaun masih mampu mempertaha­nkan kejuaraan yang telah diraih pada tahun lepas. “Kejayaan ini menjadi kejayaan berganda kerana pada 15 September 2018, SK Sungai Bedaun juga telah menjadi johan Pertanding­an Kompang Selawat peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan. Tiga murid yang sama mewakili sekolah dalam pertanding­an kompang dan pertanding­an perbarisan Hari Malaysia 2018,” katanya penuh bangga. Sempena Sambutan Hari Malaysia 2018 peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan, dua murid SK Sungai Bedaun iaitu Muhammad Danial Adlan Rizuan dan Mohd Fareish Jehan Johari telah dipilih sebagai Pembaca Ikrar Anak Malaysia kerana pencapaian pada tahun 2017 iaitu johan ‘National Space Challenge Prime Minister’s Trophy’. “Kami warga SK Sungai Bedaun turut berbangga dengan penghargaa­n yang diberikan. Saya ucapkan terima kasih kepada semua guru, AKP, PIBG dan ibu bapa serta murid yang berusaha gigih memastikan kejayaan cemerlang SK Sg Bedaun pada tahun ini,” katanya.

 ??  ?? ALUMNI SKSB, guru dan ibu bapa meraikan kejayaan pasukan perbarisan SK Sungai Bedaun mengekalka­n kejuaraan.
ALUMNI SKSB, guru dan ibu bapa meraikan kejayaan pasukan perbarisan SK Sungai Bedaun mengekalka­n kejuaraan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia