Utusan Borneo (Sabah)

Program larian eratkan komuniti, hasil inisiatif persatuan dan agensi kerajaan

Hasil inisiatif persatuan, agensi kerajaan

-

MENUMBOK: Seramai 370 peserta telah menjayakan program Larian dan Kayuhan Sihat Santai sempena Hari Malaysia anjuran Biro Belia dan Rekreasi Masjid Nur Ehsan. Program pada Ahad itu turut mendapat kerjasama Persatuan Belia Menumbok, Persatuan Belia Mempakul dan Panel Kesihatan Pekan Menumbok. Majlis perasmian program itu disempurna­kan oleh Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Abd Rahman Yaakob. Turut hadir, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kuala Penyu Mohd Fadzlee Lee Abdullah, Pensyarah IPG Kampus Gaya Mohd Syahir Ismail dan Pengerusi Masjid Ahmad Zinin. Menurut Abdul Rahman, Larian dan Kayuhan Santai merupakan satu program kreatif yang dianjurkan oleh Ahli Jawatankua­sa Masjid Nur Ehsan. Beliau mengucapka­n tahniah kepada semua pihak kerana berjaya melaksanak­an program itu untuk mengeratka­n silaturahi­m antara pihak masjid dan komuniti di sini. Jelasnyama­sjidmerupa­kan tempat rumah ibadat umat Islam dalam mengerjaka­n solat dan majlis keagamaan serta pusat aktiviti sosial. “Masjid adalah sebuah institusi ibadah yang sepatutnya berkembang sejajar dengan arus perkembang­an zaman dan memainkan peranan dalamkehid­upanmasyar­akat Islam sebagai sebuah institusi membina kemajuan ummah,” katanya. Tambah beliau, dengan program sedemikian peranan masjid boleh memberi impak positif kepada masyarakat kerana dapat mendekatka­n jurang antara kaum, mengukuhka­n ukhuwah serta mengeratka­n tali silaturahi­m. “Menyedari hakikat ini, masyarakat muda khususnya perlu memainkan peranan penting dalam mengimarah­kan masjid agar menjadi sebuah tempat yang serba boleh dan dapat menyumbang kepada pembanguna­n negara,” katanya. Sementara itu, Ahmad berkata program bersukan sambil berdakwah itu dianjurkan supaya peserta dapat menghayati makna kemerdekaa­n dan berusaha untuk mengekalka­n kemerdekaa­n Malaysia. Katanya, ia juga menggalakk­an belia dan komuniti supaya mencintai serta mengimarah­kan masjid di samping mengamalka­n gaya hidup sihat. Tambahnya, program itu juga dapat mengubah persepsi masyarakat tentang peranan masjid bukan hanya sekadar tempat untuk beribadah sematamata tetapi masjid juga boleh menjadi tempat untuk melakukan aktiviti sihat. “Diharap sambutan ini dapat memperting­kat dan mengukuhka­n lagi budaya mengimarah­kan masjid di kawasan Pekan Menumbok ini di samping dapat meningkatk­an kesihatan, memanfaatk­an ilmu dan pengalaman yang diperolehi selain dapat memupuk budaya semangatpa­triotismed­ancinta akan Malaysia,” katanya. Antara aktiviti yang dijalankan sempena program itu adalah larian sejauh 3km, kayuhan basikal sejuah 9km, basikal berhias, sukaneka, pertanding­an mewarna bawah 3 tahun, kelas memanah, cabutan tiket bertuah, tazkirah, persembaha­n memanahtra­disional,ceramah kesihatan dan pemeriksaa­n kesihatan percuma.

“Diharap sambutan ini dapat memperting­kat dan mengukuhka­n lagi budaya mengimarah­kan masjid di kawasan Pekan Menumbok ini di samping dapat meningkatk­an kesihatan, memanfaatk­an ilmu dan pengalaman yang diperolehi selain dapat memupuk budaya semangat patriotism­e dan cinta akan Malaysia. AHMAD ZININ Pengerusi Masjid Nur Ehsan

 ??  ?? LARIAN dan Kayuhan Sihat Santai dirasmikan oleh Abdul Rahman di perkaranga­n Masjid Nur Ehsan Pekan Menumbok.
LARIAN dan Kayuhan Sihat Santai dirasmikan oleh Abdul Rahman di perkaranga­n Masjid Nur Ehsan Pekan Menumbok.
 ??  ?? AMEERA Sofia Johari dari SK Pekan Menumbok memenangi cabutan tiket bertuah berupa sebuah basikal yang disampaika­n oleh Abd Rahman. Turut kelihatan Ahmad (kanan) dan Fadzlee (kiri).
AMEERA Sofia Johari dari SK Pekan Menumbok memenangi cabutan tiket bertuah berupa sebuah basikal yang disampaika­n oleh Abd Rahman. Turut kelihatan Ahmad (kanan) dan Fadzlee (kiri).
 ??  ?? PELAJAR dan orang ramai diberi peluang untuk mengikuti kelas memanah.
PELAJAR dan orang ramai diberi peluang untuk mengikuti kelas memanah.
 ??  ?? KEMERIAHAN aktiviti memancing botol oleh kanakkanak 12 tahun ke bawah.
KEMERIAHAN aktiviti memancing botol oleh kanakkanak 12 tahun ke bawah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia