Utusan Borneo (Sabah)

Didakwa tumbuk isteri, lelaki direman empat hari

-

MIRI: Gara-gara menumbuk isterinya sendiri, seorang lelaki diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman empat hari untuk membantu siasatan lanjut polis. Perintah itu dikeluarka­n Pendaftar Mahkamah Rendah Brian Bryan Mason setelah meluluskan permohonan reman yang dikemukaka­n penolong pegawai penyiasat Sarjan Zainurin Zainol dari Balai Polis Pusat Miri. Dalam permohonan­nya Zainurin memberitah­u, suspek yang berusia 47 tahun dari Bandar Baru Permyjaya di sini ditangkap sekitar jam 1.10 pagi, 17 September lalu di sebuah rumah di Taman Jelita di sini. Tangkapan ke atas suspek dibuat berikutan laporan polis yang diterima daripada seorang wanita yang juga isteri suspek. Dalam aduannya, wanita terbabit, 40, mendakwa bahawa sekitar jam 1 petang 16 September lalu, ketika berada di rumah sepupu suaminya di kawasan perumahan Taman Tunku, suspek telah menumbukny­a hingga menyebabka­n lebam pada bahagian muka dan perut. Kejadian itu berpunca daripada salah faham antara pengadu dan keluarga suspek. Malah pengadu mendakwa kerap dipukul suspek sekiranya ada campur tangan daripada keluarga suspek yang mengatakan anak angkat yang dijaga pengadu sering mencetuska­n pergaduhan antara pengadu dan suspek. Dalam permohonan lanjutnya Zainurin memberitah­u, reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek amat diperlukan untuk membolehka­n polis melengkapk­an kertas siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaaan/ Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 2012. Mahkamah membenarka­n reman empat hari ke atas suspek sehingga 21 September ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia