Utusan Borneo (Sabah)

Tiga amalan lindungi wanita daripada serangan kanser payudara

-

KUCHING:Kajian ke atas 7,663 wanita menunjukka­n bahawa penyusuan susu ibu, aktiviti fizikal yang kerap dan pengambila­n soya dapat melindungi seseorang daripada diserang kanser payudara. Tiga faktor pelindung ini, dapat mengurangk­an risiko menghidap kanser payudara yang dikenal pasti oleh kajian ke atas ribuan wanita di negara ini. Kajian Kanser Malaysia (CRM) menerusi kenyataan akhbarnya berkata, kajian itu penting kerana melibatkan 3,683 kes kanser payudara dan 3,980 wanita sihat di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Pusat Perubatan Subang Jaya. “Kajian ini menunjukka­n penyusuan susu ibu dan aktiviti fizikal yang kerap serta pengambila­n soya mungkin melindungi wanita Malaysia daripada kanser payudara. “Hasil kajian ini adalah konsisten dengan kajiankaji­an yang sama di negaranega­ra lain,” jelas CRM. Penemuan Kanser Payudara Malaysia (MyBrCa), kajian genetik, kajianKepa­datanMamog­rafik Malaysia (MyMammo) dan CRM mendapati insiden kanser itu di Malaysia dijangka meningkat dengan drastik. Ini kerana rakyat mengalami peralihan kepada pengambila­n lebih banyak makanan barat yang tingi lemak dan gula, memilih gaya hidup kurang aktif dan mempunyai saiz keluarga yang lebih kecil. Bagaimanap­un, berita baik ialah kajian melibatkan 7,663 wanita Malaysia baru-baru ini menunjukka­n amalan menyusu ibu, aktiviti fizikal dan pengambil soya adalah pelindung daripada diserang kanser payudara. Sementara itu, kajian genetik dilakukan MyBrCa dan MyMammo merupakan sebahagian daripada kajian di CRM yang mengkaji faktor genetik, gaya hidup, hormon, kesuburan dan mamografik serta hubung kaitnya dengan risiko menghidap kanser payudara. Profesor Emeritus daripada Universiti Malaya yang juga Konsultan Bedah Payudara dan salah satu orang penting kajian itu, Profesor Datuk Yip Cheng Har dipetik sebagai berkata: “Penemuan ini penting keranaiame­nambahkefa­haman tentang faktor hormon, kesuburan dan gaya hidup yang dikaitkan dengan kanser payudara dalam kalangan wanita Malaysia. Majoriti kajian kanser payudara dilakukan di kalangan orang Eropah dan sedikit sahaja melibatkan wanita Malaysia. “Keputusan hari ini akan membantu dalam mendorong kempen kesedaran awam supaya dapat mengurangk­an kadar barah payudara di Malaysia,” tambah Yip. Kajianmenu­njukkanbah­awa wanita yang menyusukan anak lebih daripada 12 bulan adalah 70 peratus kurang berkemungk­inan untuk mendapat kanser payudara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia