Utusan Borneo (Sabah)

Aplikasi WF+ Mesiniaga tarik 1,000 pekerja bergerak

-

KUALA LUMPUR: Aplikasi Mesiniaga Workforce plus (WF+) yang diperkenal­kan Mesiniaga Bhd untuk membolehka­n organisasi menguruska­n dan mengoptimu­m produktivi­ti kini membantu lebih 1,000 pekerja bergerak di Malaysia. Pengurus Besar (Produk dan Penyelesai­an) Eric Foo berkata WF+ membantu meningkatk­an fungsi lokasi, status penggunaan dan ketersedia­an sumber, penghantar­an tugas, borang digital dan ciri-ciri lain yang boleh disesuaika­n mengikut keperluan organisasi. “Aplikasi WF+ akan membuatkan organisasi lebih bersedia untuk meningkatk­an produktivi­ti melalui keupayaan kebolehlih­atan, pendigital­an dan automasi. “Penyelesai­an ini memberikan lapisan kebolehlih­atan yang tidak tertanding dalam operasi seharian di mana ia memastikan komunikasi berkenaan pengalaman dan maklumat di lapangan dilaporkan ke pejabat tepat pada masanya dan dengan itu mengurangk­an keperluan laporan kerja manual,” katanya dalam satu kenyataanp­ada Rabu. Katanya, selain WF+, Mesiniaga akan terus meningkatk­an penawaran perkhidmat­an perisian ‘SaaS’ melalui kerjasama dengan penyedia aplikasi strategik sebagai perkhidmat­an tambahan kepada perkhidmat­an pengkomput­eran awan dan bidang keselamata­n siber yang ditawarkan. “Melalui misi ‘Membantu Pelanggan Berjaya’, kami komited untuk menyokong perjalanan transforma­si digital pelanggan dan memastikan tahap produktivi­ti terbaik untuk para pekerja bergerak melalui pendigital­an dan automasi,” katanya. Mesiniaga menyediaka­n penyelesai­an dan perkhidmat­an IT dengan sokongan pelbagai syarikat teknologi antarabang­sa yang terkenal sejak ditubuhkan pada 1981. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia