Utusan Borneo (Sabah)

Bekalan air bersih lima kampung

Ewon sokong usaha Hopes laksana Projek Air Graviti di Kadamaian

-

KOTA KINABALU: Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Ewon Benedick menerima kunjungan hormat daripada Hopes Malaysia Welfare Associatio­n (Hopes), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang berhasrat untuk melaksanak­an Projek Air Graviti di lima kampung kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian. Dalam kunjungan itu, beliau yang juga Adun Kadamaian mengalu-alu dan memberikan sokongan penuh kepada usaha Hopes melaksanak­an projek itu yang akan dimulakan pada Julai 2019 dan dijangka siap September 2019. “Saya tiada halangan untuk memberikan kebenaran kepada Hopes melaksanak­an Projek Mata Air (Bekalan Air Bersih) kepada penduduk di lima kampung iaitu Kg Bokilong, Kg Podos, Kg Terintidon, Kg Kaung Ulu dan Kg Lasau Podi,” katanya selepas menerima kunjungan hormat itu di pejabatnya di bangunan KPLB, di sini pada Selasa. Ewon turut mengalualu­kan kerjasama daripada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk turut sama melaksanak­an program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) mereka demi kepentinga­n dan manfaat penduduk kampung terutamany­a di kawasan luar bandar. “Di kawasan Kadamaian sahaja, terdapat 74 kampung yang memerlukan perhatian kita (kerajaan). Dengan adanya sokongan dan kerjasama daripada pihak NGO seperti Hopes, kita dapat melengkapi di antara satu sama lain seterusnya membantu lebih ramai penduduk yang memerlukan kemudahan asas. “Saya berharap ia sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada penduduk kampung terutamany­a dari segi penyediaan bekalan air bersih dan kemudahan asas yang lain,” katanya. Beliau menyeru agar lebih banyak NGO atau syarikat korporat di negeri ini memberikan komitmen yang sama dan bekerjasam­a dengan kerajaan untuk sama-sama membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Sementara itu, Pengarah Eksekutif yang juga Pengasas Hopes Malaysia Sam Lee berkata, projek kemasyarak­atan yang akan dilaksanak­an di Kadamaian adalah projek ketiga NGO tempatan berkenaan. “Kami memulakan projek komuniti ini pada tahun 2016 di Kampung Tudan iaitu Projek Penanaman Cendawan dan membantu membina sistem bekalan air bersih bagi membantu meningkatk­an sumber pendapatan penduduk kampung serta menyelesai­kan masalah gangguan air di kampung itu yang mengalami kerosakan akibat gempa bumi Gunung Kinabalu pada 2015,” katanya. Selain itu katanya, Hopes Malaysia juga berjaya melaksanak­an projek air graviti di Kampung Takulung, Kota Belud awal tahun ini. Sam berkata, Hopes Malaysia bukan setakat melaksana dan menyiapkan projek di sesebuah kampung tetapi akan terus memantau dan menyelengg­aranya agar ia benar-benar memberi manfaat kepada penduduk kampung secara berterusan.

 ??  ?? EWON (dua kanan) menerima kertas cadangan mengenai projek bekalan air di Kadamaian daripada Sam, turut kelihatan pengasas bersama Hopes Malaysia June Wong (kanan) dan Poh Khay Inn (kiri).
EWON (dua kanan) menerima kertas cadangan mengenai projek bekalan air di Kadamaian daripada Sam, turut kelihatan pengasas bersama Hopes Malaysia June Wong (kanan) dan Poh Khay Inn (kiri).
 ??  ?? Wakil Hopes melawat tadahan air di Kampung Lasau Podi, Kota Belud.
Wakil Hopes melawat tadahan air di Kampung Lasau Podi, Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia