Utusan Borneo (Sabah)

Busana etnik kreatif

Serlah wajah jelita gadis Sabah

-

HARI Malaysia baru sahaja empat hari berlalu, tetapi kemeriahan­nya masih hangat diperkatak­an. Dentuman bunga api dan hiasan kerlipan cahaya neon mengelilin­gi Padang Merdeka, merakamkan memori indah di hati ribuan pengunjung pelbagai usia. Apa yang lebih menarik, malam itu turut diceriakan dengan keindahan busana etnik kreatif yang diperagaka­n oleh para artis, elok terletak menyerlahk­an lagi wajah jelita gadis Sabah. Salah seorang artis, Mitchell Vanalyin Sakap, 19, berkata ia merupakan pengalaman kali kedua untuk dia terlibat dalam sambutan Hari Malaysia. Dia berasa teruja dan bangga kerana dapat membantu mempromosi­kan pelanconga­n serta etnik dan budaya Sabah terutama kepada orang luar. “Bermula dengan mengenakan solekan pada wajah hinggalah memakai busana etnik kreatif, saya mengambil masa kirakira satu jam untuk bersiap. “Pada awalnya agak terkejut apabila dimaklumka­n akan mengenakan busana berkenaan, dan agak risau jika saya mampu menampung beban aksesori di belakang yang agak berat sepanjang sambutan yang pasti memakan masa. “Ini kerana selepas bersiap, kami perlu menunggu kirakira dua jam sebelum acara dimulakan tetapi dalam masa yang sama perlu sentiasa kelihatan manis hingga ke akhir program. “Ditambah lagi dengan penggunaan kasut tinggi melebihi lima inci pada malam itu, tetapi sebagai artis, kami sedia maklum tanggungja­wab untuk sentiasa berketramp­ilan yang menarik,” jelasnya. Kata Mitchell, apa yang diharapkan­nya untuk generasi akan datang ialah penglibata­n dalam persembaha­n tradisiona­l di sekolah dan dorongan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. “Berdasarka­n pengalaman, keluarga saya sendiri tidak begitu menggalakk­an saya untuk menyertai aktiviti sampingan seperti tarian, peragaan dan sebagainya kerana risau mengganggu pembelajar­an. “Tetapi kalau boleh, ibu bapa tidak terlalu menghalang minat anak-anak kerana risau mereka akan kurang terdedah dengan aktiviti yang dijalankan di luar memandangk­an ia dapat memberi pengalaman dan ilmu kerana tidak semua ilmu diperoleh dari sekolah sahaja,” ujarnya. Sementara itu, seorang lagi artis, Maymall Frayneey Kipli, 20, yang mengenakan baju tradisi etnik Rungus Kudat pada mulanya agak ragu-ragu ketika diberikan pakaian itu kerana agak terdedah di bahagian bahu. “Tetapi mujur ada aksesori rantai daripada manik pinokol yang perlu diletak bersilang di bahu dan dapat menutup sedikit bahagian yang terdedah. “Bagaimanap­un, saya bangga mengenakan semua pakaian etnik yang diamanahka­n kepada saya dan bertuah selama dua tahun berkhidmat di Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), lebih 30 helai pakaian tradisi etnik di Sabah yang saya pernah pakai. “Sebagai artis yang ada kalanya perlu menari dan memperaga, kami juga perlu pandai berlakon demi membawa imej yang berkesan mengikut pakaian yang sedang digunakan. “Jika saya memakai baju tradisiona­l Melayu, secara automatik saya akan menjadi lemah lembut dan sopan seperti gadis Melayu juga,” katanya. kebudayaan serta galakan yang tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa adalah sangat penting untuk menerap minat remaja kepada tradisi kita. Katanya, dengan jadi penari bukan sekadar untuk menghiburk­an, tetapi mereka juga berperanan penting sebagai pewaris muda agar seni itu tidak dilupakan seterusnya hilang ditelan zaman. Dalam pada itu, Pengurus Bahagian Acara Kebudayaan LKNS Sadian Sadio berkata, cadangan untuk memperagak­an pakaian LKNS itu telah dikenal pasti sejak dua bulan lalu apabila melihat hasil reka cipta berkenaan dipamer dalam satu pertanding­an. “Justeru dalam tempoh itu, kami berusaha mengenal pasti pereka dan penganjur acara itu dan jemput bersama untuk menjayakan Hari Malaysia pada tahun ini. “Pada malam berkenaan, ada 14 rekaan yang terlibat, tetapi lapan daripadany­a tidak dilengkapi dengan aksesori maka ia tidak begitu menonjol tetapi masih mempunyai motif yang cantik dan berwarna-warni,” ujarnya. Menurut Sadian, keunikan yang jelas kelihatan pada pakaian-pakaian yang diperaga ialah corak silang budaya seperti Dusun Tindal dan Bajau Samah yang menetap dalam daerah yang sama dan seterusnya berkongsi budaya. “Dalam daerah itu, masyarakat Dusun Tindal boleh bertutur dalam bahasa Bajau dan begitu juga sebaliknya, jadi di situ sudah berlaku silang budaya antara etnik berkenaan dan seterusnya menjadi ilham dalam pembikinan baju etnik kreatif. “Bila kedua-dua ciri etnik ini dirangkumk­an, ia menjadi unik dan ini sesuatu yang baik kepada perekapere­ka kerana mereka dapat menginovas­i pakaian, apatah lagi bila kita dapat menarik,” katanya. Sadian turut berharap agar lebih ramai pereka yang dapat dicungkil bakat mereka, supaya lebih banyak lagi pakaian etnik lain dapat diinovasi, namun begitu tujuan mereka bukanlah mahu merosakkan budaya, malahan mahu mengangkat warisan itu dan diperkenal­kan supaya lebih jelas. “Kebiasaann­ya, pakaian yang direka hanya inovasi pada pakaian sahaja tetapi kita tidak nampak motifnya, contohnya seperti tudung dulang Bajau yang diperagaka­n pada kepala, bila digabungka­n kita akan nampak sekali pakaian dan bahan warisan. “Orang lama pasti ada yang kurang setuju dengan konsep sebegini, tetapi kami akan pastikan yang asli akan tetap dijaga dan pelihara, di samping itu juga, kami menggalakk­an pengkarya kreativiti sebagai tarikan kepada pelancong. “Namun begitu, setakat mereka faham niat kami,” katanya. Sadian turut merancang untuk menganjurk­an sebuah pertanding­an reka cipta sebagai salah satu usaha melahirkan lebih ramai pereka yang berbakat. “Kami merancang untuk mengangkat pakaian etnik ini ke satu tahap yang lebih baik, mungkin di peringkat kebangsaan ataupun di peringkat antarabang­sa, tetapi sebaiknya kita mulakan dahulu di peringkat negeri Sabah. “Dalam acara itu nanti, kita akan tontonkan juga pakaian original dan gandingkan sekali dengan pakaian etnik kreatif. “Kami juga berharap bantuan berbentuk promosi kerana tanpanya, impian untuk mengembang­kan etnik kita tidak akan berjaya, matlamat kita adlah mengembang­kan rakan budaya dan memperkena­lkan etnik kita kepada pelancong dan dunia,” katanya.- Artikel sumbangan Jabatan Penerangan.

 ??  ?? Warni Keindahan dan Kreativiti busana etnik kreatif Sabah yang diperaga pada malam sambutan Hari Malaysia. ini kami belum terima apaapa bantahan daripada mereka malahan mereka menyokong kerana gabungkan dengan alat muzik, hasilnya nampak lebih
Warni Keindahan dan Kreativiti busana etnik kreatif Sabah yang diperaga pada malam sambutan Hari Malaysia. ini kami belum terima apaapa bantahan daripada mereka malahan mereka menyokong kerana gabungkan dengan alat muzik, hasilnya nampak lebih
 ??  ??
 ??  ?? mengharapk­an agar sekolah memperbany­akkan program
mengharapk­an agar sekolah memperbany­akkan program
 ??  ?? MAYMALL Mitchell juga
MAYMALL Mitchell juga
 ??  ?? MITCHELL
MITCHELL
 ??  ?? SADIAN
SADIAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia