Utusan Borneo (Sabah)

KKBS dekati komuniti Long Pasia

-

PROGRAM Xplorasi Long Pasia kelolaan Kolej Komuniti Beaufort telah melibatkan seramai 80 orang dari beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan dengan membawa empat misi utama iaitu, pendidikan, tanggungja­wab sosial, sosio-ekonomi dan kesihatan. Agensi yang terlibat adalah Kolej Komuniti Negeri Sabah, Hospital Daerah Beaufort, Ibu Pejabat Polis (IPD) Beaufort, Klinik Pergigian Beaufort, Jesselton 4WD Club dan Borneo Toyota Hilux Community. Program empat hari itu telah bermula pada Jumaat. Long Pasia terletak di Daerah Sipitang yang mempunyai kirakira 500 penduduk tetap. Untuk ke Long Pasia, rombongan perlu meredah jalan batu kerikil selama hampir 4 jam. “Program ini merupakan kesinambun­gan daripada Program Jom Masuk Kampung yang kita telah lakukan di Beaufort pada tahun lepas. Untuk tahun ini, kami memilih Long Pasia sebagai destinasi kerana kami ingin membantu membangunk­an komuniti di situ,” kata Pengarah Kolej Komuniti Beaufort Muhammad Sani Che Idris. “Long Pasia mempunyai tarikan tersendiri, ia mampu dijadikan destinasi pelanconga­n. Oleh itu, kami merasakan bahawa Long Pasia memerlukan kemahiran tambahan yang membolehka­n mereka membangun dari segi sosio-ekonomi,” katanya. Dalam program itu, terdapat beberapa perkhidmat­an yang disampaika­n antaranya Projek Simen Fero, Projek Cat Mural, Kursus Pendek Pembuatan Sos Cili, Kursus Pendek Asas Fisioterap­i, Kursus Pendek e-Rezeki, Kursus Pendek Bahasa Inggeris, Pemeriksaa­n Kesihatan, Pemeriksaa­n Pergigian dan Ceramah Kesedaran Bahaya Dadah. Kesemua perkhidmat­an yang ditawarkan adalah percuma. Menurut Pengarah Program Zulfadhli Osman, Projek Simen Fero dan Projek Cat Mural melibatkan seramai 20 ahli Briged Sukarelawa­n Kolej Komuniti (BriSK) dan Sekretaria­t Rukun Negara dari lapan kolej komuniti di Sabah. Dalam projek itu katanya, pelajar dapat meningkatk­an kemahiran tambahan mereka. “Walaupun ia nampak mudah untuk dilaksanak­an, tetapi ia memerlukan perancanga­n dan pelaksanaa­n yang teliti. Oleh itu, ia dapat meningkatk­an kemahiran insaniah mereka. “Rombongan kami berpeluang untuk menyambut Hari Malaysia bersama-sama komuniti di Long Pasia. Ia memberi satu makna yang tersendiri buat kami semua,” katanya.

 ??  ?? (tengah) bersama kanak-kanak di Long Pasia.
(tengah) bersama kanak-kanak di Long Pasia.
 ??  ?? BriSK KK Negeri Sabah menunjukka­n kreativiti mereka ketika Projek Cat Mural.
BriSK KK Negeri Sabah menunjukka­n kreativiti mereka ketika Projek Cat Mural.
 ??  ?? KURSUS Pendek Solekan melibatkan kaum wanita di Long Pasia.
KURSUS Pendek Solekan melibatkan kaum wanita di Long Pasia.
 ??  ?? Simen Fero memperinda­hkan kawasan pintu gerbang.
Simen Fero memperinda­hkan kawasan pintu gerbang.
 ??  ?? Sani melihat kanak-kanak membuat aktiviti mewarna.
Sani melihat kanak-kanak membuat aktiviti mewarna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia