Utusan Borneo (Sabah)

Terjunan emas Gabriel/ Jellson bantu skuad akuatik lepasi sasaran

- -Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Gandingan Gebriel Gilbert Daim dan Jellson Jabilin melakukan terjunan emas acara 3m papan anjal seirama untuk emas kedua skuad terjun Sabah pada SUKMA XIX Perak di Pusat Akuatik Tuanku Zara, Kompleks Sukan MBI, Perak, Rabu. Gabriel dan Jellson menjuarai acara itu dengan kutipan mata 377.1, jumlah yang jauh meninggalk­an pencabar terdekat gandingan dari Selangor dan sarawak. Gandingan Selangor, Ikhlas Ahmad Sharol Lail dan Muhammad Syahmi Mohd Rezal sekadar mengutip 307.62 mata untuk pingat perak manakala Sarawak menerusi gandingan Bertrand Rhodict Lises dan Enrique Aliff Othman mengutip 307.5 mata untuk pingat gangsa. Ia adalah pingat emas kedua Gabriel selepas turut menang dalam acara 3m papan anjal sebelum ini. Pencapaian itu menyaksika­n skuad terjun yang juga telah memenangi satu gangsa membantu melepasi sasaran satu emas skuad akuatik Sabah. Skuad terjun malahan berpeluang menambah koleksi pingat kerana acara itu masih berlangsun­g termasuk dua final hari ini yang melibatkan penenrjun Sabah. Pengurus skuad terjun Sabah, Anjelika Sipul berkata, beliau sangat puas hati dengan prestasi Gabriel dan Jellson. “Kami tidak jangka emas dalam acara ini kerana bagi seirama dia ada banyak kemungkina­n tetapi apa yang saya lihat, pretasi mereka sangat bagus. “Kita mendapat saingan daripada gandingan Selangor serta Sarawak kerana disiplin kesukaran mereka hampir sama dengan kami jadi apa yang membezakan hanyalah teknik mereka,” katanya. Anjelika berkata, dua pingat emas yang dimenangi sehingga Rabu adalah pencapaian di luar jangkaanny­a. “Memangkami­mensasarka­n satu emas tetapi kepada Jellson yang akan bersaing dalam acara 10m platform lelaki, jadi bila kami dapat dua emas yang di luar jangkaan, sudah pasti ia sangat menggembir­akan dan saya juga sangat teruja. “Sekarang ini kita harapkan Jellson dapat mencapai sasaran pingat emasnya esok,” katanya. Tambah beliau, satu lagi acara disertai Sabah esok ialah 3m papan anjal seirama yang diwakili Nur Ain Nadzmi dan Nurfazriya­nti Jali. “Untuk acara wanita seirama ini, kita sebenarnya tidak mensasarka­n apa-apa tetapi saya harap mereka sekurangku­rangnya akan membawa pulang pingat gangsa,” katanya.

 ??  ?? GABRIEL (kanan) dan Jellson menunjukka­n pingat emas yang mereka menang.
GABRIEL (kanan) dan Jellson menunjukka­n pingat emas yang mereka menang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia