Utusan Borneo (Sabah)

271 pelari sertai Larian JASS Eco Challenge 2018 anjuran SMKJA

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seramai 271 pelari menyertai Larian JASS Eco Challenge 2018 anjuran SMK Jalan Apas (SMKJA) di sini, yang turut disertai pelari dari Indonesia.

Kenyataan media SMKJA menyebut cabaran itu melibatkan jarak sejauh 9.33km menerima sambutan pelari dari jabatan kerajaan dan swasta, pelajar dan warga Tawau.

Program itu melibatkan trek larian yang mencabar kerana para pelari perlu menempuhi laluan-laluan sukar apabila terpaksa memasuki kawasan jalan ladang sawit.

Pengetua SMKJA Fauziah Janau memuji kakitangan­nya kerana mampu menyahut cabaran dan memastikan kejayaan program besar yang julung-julung kali diadakan itu.

Utusan Borneo difahamkan, program itu diadakan bertujuan mengumpulk­an dana mengisi tabung Unit Kokurikulu­m untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.

Ia sekali gus membantu pihak sekolah melaksanak­an program peningkata­n kokurikulu­m termasuk sokongan dalam aspek perkembang­an akademik dan sahsiah para pelajarnya.

Larian Jass Eco Challenge itu juga menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM2,880 untuk 20 pemenang yang membabitka­n empat kategori serta 50 hamper cabutan bertuah.

Siti Nurazemah Alimuddin (SK Bombalai) memenangi kategori Junior Perempuan dengan catitan masa 48:58, sementara Muhammad Hafi z Safwandy Sulaiman (SMKJA) pula mengunggul­i Junior Lelaki selepas mencatatka­n masa larian 41:03.

Kategori Senior Perempuan pula dimenangi oleh Ummi Yanti dengan rekod 51:57, manakala Mohd Azfar Jasmi yang merekodkan 39:37 pula menjuarai Senior Lelaki.

Turut diadakan, pameran mini jabatan/agensi kerajaan/ swasta, senamrobik, photobooth, selain pengagihan 2,000 cawan Milo percuma sumbangan Nestle Sdn Bhd (Sabah)

 ??  ?? SERAMAI 271 pelari termasuk dari Indonesia menyertai Larian JASS Eco Challenge 2018 anjuran SMK Jalan Apas Tawau.
SERAMAI 271 pelari termasuk dari Indonesia menyertai Larian JASS Eco Challenge 2018 anjuran SMK Jalan Apas Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia