Utusan Borneo (Sabah)

Jaringan lewat Firmino kejutkan PSG, hatrik Messi bantu Barca benam PSV 4-0

-

PARIS: Jaringan saat akhir Roberto Firmino memberikan kemenangan 3-2 kepada Liverpool ke atas Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan yang rancak pada malam pembukaan bagi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA kelmarin, selepas hatrik terbaharu Lionel Messi memberikan kemenangan permulaan kepada kempen Barcelona.

Gol lewat yang dramatik dijaringka­n di sekitar Eropah, termasuk dalam perlawa-nan Inter Milan menentang Tottenham Hotspur, dan beberapa pencabar utama memulakan kempen den-gan kemenangan, termasuk Atletico Madrid yang bangkit untuk menewaskan Mo-naco.

Namun perlawanan kelab ‘heavyweigh­t’ pada malam itu berlangsun­g di Anfi eld, dan perlawanan Kumpulan C di antara fi nalis yang tewas pada musim lepas dengan PSG yang bercita-cita tinggi ternyata memenuhi jangkaan.

Permulaaan cemer-lang Liverpool men-yaksikan mereka berada dua gol di hadapan selepas 36 minit, dengan Daniel Sturridge menjaringk­an gol pembukaan sebelum James Milner menyempurn­akan tendangan penalti.

Namun juara Perancis itu merapatkan jurang dengan satu gol sebelum waktu rehat menerusi Thomas Meunier - gol tersebut diterima walaupun Edinson Cavani dalam posisi ofsaid ketika gerakan dilancarka­n.

Dua pemain paling mahal di dunia ke-mudian bergabung untuk menjaringk­an gol penyamaan pada minit ke-83 yang kelihatan bakal memberikan keputusan seri kepada PSG, dengan Neymar yang membantu Kylian Mbappe untuk men-jaringkan gol.

Bagaimanap­un dua pemain tersebut tidak bermain dengan baik, dan Mbappe melepaskan bola sejurus sebelum Firmino, yang dimasukkan sebagai pemain gantian, menjaringk­an gol kemenangan pada minit kedua dalam masa kecederaan.

“Saya tidak dapat menyatakan perkara baik yang secukupnya mengenai Bobby. Untuk masuk sebagai pemain gantian se-lepas mengalami kecederaan pada hujung minggu lepas benar-benar menakjubka­n,” kata Klopp mengenai Firmino, yang dicucuk mata oleh Jan Vertonghen dalam kemenangan pada hujung minggu lepas di Spurs.

PSG seterusnya menentang Red Star Belgrade, yang menandakan kepulangan mereka ke pertanding­an besar dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Napoli.

UEFA memperkena­lkan beberapa sepak mula lebih awal dalam setiap pertengaha­n minggu Liga Juara-Juara pada musim ini, dan keadaan masih terang di Nou Camp ketika Barcelona melakukan sepak mula dalam perlawanan menentang PSV Eind-hoven dalam Kumpulan B.

Messi sudah menjelaska­n keazaman-nya untuk mencapai kejayaan di Eropah pada musim ini dan pemain Argentina itu menjaringk­an gol pertama bagi peringkat kumpulan 2018-19 menerusi tendangan percuma yang cantik pada separuh masa pertama.

Barca menguasai perlawanan pada babak kedua, dengan Ousmane Dembele yang menjaringk­an gol cantik sebe-lum Messi menambah dua lagi jaringan untuk melengkapk­an hatrik kelapannya dalam Liga Juara-Juara, satu lebih banyak daripada Cristiano Ronaldo, bagi memastikan kemenangan 4-0.“Biasanya jika anda men-jaringkan hatrik, anda mem-bingkainya. Namun dia men-jadikan perkara yang luar biasa sesuatu yang rutin,” kata jurulatih Barca, Ernesto Valverde, yang men-yaksikan Samuel Umtiti dibuang dari padang pada hujung perlawanan. Juara Sepanyol itu seterusnya akan pergi ke London untuk menentang Tottenham Hotspur, yang mengalami kekalahan 2-1 yang mening-galkan kesan di Inter Milan.

Selepas mereka tewas dalam dua per-lawanan terakhir dalam Liga Perdana Inggeris, Spurs berada di landasan bagi kemenangan yang dialu-alukan menerusi gol pembukaaan Christian Eriksen pada separuh masa kedua, yang masuk selepas terkena pemain lain.

Namun rembatan lewat Mauro Icardi yang cantik menyamakan kedudukan bagi tuan rumah, dan Matias Vecino menanduk masuk gol kemenangan dalam masa kecederaan bagi Inter, yang bermain semula dalam Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak 2011-12. “Kami menderita sedikit tetapi itu bu-kan alasan,” kata pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino.

Selepas memenangi Liga Europa pada musim lepas, Atletico Madrid menyasari kegemilang­an dalam Liga Juara-Juara dengan perlawanan akhir yang akan di-langsungka­n di stadium mereka sendiri.

Mereka memulakan kempen dengan menewaskan Monaco 2-1 di stadium lawan dalam Kumpulan A, dengan Di-ego Costa dan Jose Maria Gimenez yang menjaringk­an gol masing-masing selepas Samuel Grandsir meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan.

Dalam kumpulan yang sama, Christian Pulisic meraikan harijadiny­a yang ke-20 dengan bergaya apabila dia menjaringk­an gol lewat yang bernasib baik untuk mem-berikan kemenangan 1-0 kepada Borus-sia Dortmund di stadium Club Brugge. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia