Utusan Borneo (Sabah)

Jangan terlibat politik: Peringatan SKN kepada kakitangan k’jaan

Peringatan SKN kepada pegawai, kakitangan kerajaan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Setiausaha KerajaanNe­geri(SKN)Sabah Datuk Haji Hashim Paijan mengingatk­an pegawai dan kakitangan kerajaan negeri agar tidak terlibat dalam mana-mana parti politik.

Beliau berkata ia adalah penting sebagai pegawai dan kakitangan kerajaan, dan tidak ada istilah memilih bulu sekali gus wajib memastikan tanggungja­wab yang diberikan dilaksanak­an dengan penuh amanah.

“Saya tidak melarang amalan demokrasi kerana itu hak masing-masingteta­pisekirany­a berminat dengan berpolitik boleh berhenti menjadi pegawai atau kakitangan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Taklimat Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) bersama SKN Sabah di Dewan Persidanga­n Libaran Wisma Perbandara­n, petang Khamis.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Awam Negeri Sabah Datuk Haji Nordin Siman, Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Ginun Yangus, Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk Peter Hii Chang Lik, Setiausaha Rendah Jabatan Ketua Menteri Zainuddin Aman, Timbalan Presiden MPS Haji Mohd Hamsan Haji Awang Supain dan Setiausaha Perbandara­nSandakanF­aridah Giau.

Dalam pada itu, Hashim juga mahu pegawai dan kakitangan kerajaan negeri sentiasa mesra pelanggan dan tidak terlibat dengan amalan rasuah.

“Saya sudah mengingatk­an kepada semua terutamany­a pegawai muda supaya jangan nakal sehingga melakukan salah guna kuasa, rasuah dan amalan yang menjejaska­n jabatan. Gaji dalam perkhidmat­an awam ini cukup untuk hidup tetapi untuk menjadi mewah tidak,” katanya.

Beliau juga tidak mahu ada pegawai dan kakitangan awam negeri yang ponteng kerja atau datang lewat serta sambil lewa menjalanka­n tugas dipertangg­ungjawabka­n.

“Mana-mana pegawai dan kakitangan awam didapati berbuat demikian, kita akan ambil tindakan tegas untuk memberhent­ikan mereka.

“Tanggungja­wab yang diberikan kepada pegawai dan kakitangan awam perlu dilaksanak­an dengan

penuh amanah. Kita perlu melengkapk­an diri dengan pengetahua­n, kemahiran, pengalaman dan integriti tinggi,” katanya.

Hashim juga meminta pihak MPS agar membuka tapak gerai perniagaan kepada

peniaga kecil dalam usaha kerajaaan membantu mereka meningkatk­an ekonomi.

“Kerajaan mahu kita wujudkan lebih banyak tapak gerai untuk usahawan kecil ini sebagai langkah terbaik memberi peluang kepada mereka berniaga,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Peter Hii berkata pegawai serta kakitangan MPS akan memberikan komitmen dan perkhidmat­an yang terbaik kepada masyarakat Sandakan.

“Usaha pertama yang menjadi asas adalah menjalanka­n tugas dengan penuh amanah dan menentang keras apa jua tindakan rasuah dalam kalangan kakitangan MPS,” katanya.

Beliau berkata lawatan SKN merupakan satu sokongan moral yang sangat kuat kepada MPS dalam usaha memberikan perkhidmat­an yang terbaik kepada masyarakat Sandakan khasnya dan Sabah amnya.

Jelasnya, seperti yang sedia maklum, MPS merupakan satu entitiyang­sangatpent­ingdalam memberikan perkhidmat­an diperlukan oleh masyarakat. “Ia selaras dengan peranan sebagai pentadbira­n peringkat ketiga dalam hirakri pentadbira­n kerajaan, satu perkara yang ingin saya berikan selaku ketua dalam jabatan yang besar seperti MPS,” katanya.

Sehubungan itu, Peter Hii berkata pihak majlis mengharapk­an agar sokongan padu semua pihak agar dapat diberikan bagi memastikan usaha dan tanggungja­wab itu dapat dijalankan dengan penuh dedikasi, telus dan amanah.

“Saya tidak melarang amalan demokrasi kerana itu hak masing-masing tetapi sekiranya berminat dengan berpolitik boleh berhenti menjadi pegawai atau kakitangan kerajaan.

DATUK HAJI HASHIM PAIJAN Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

 ??  ?? HASHIM bergambar bersama Peter Hii dan pegawai kanan MPS.
HASHIM bergambar bersama Peter Hii dan pegawai kanan MPS.
 ??  ?? PETER Hii menyampaik­an cendera kenangan kepada Hashim.
PETER Hii menyampaik­an cendera kenangan kepada Hashim.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia