Utusan Borneo (Sabah)

PPD Tenom harungi cabaran Sg. Padas sempena Hari Malaysia

PPD Tenom harungi cabaran Sungai Padas dalam WWR sempena Hari Malaysia

- Oleh SALMAN ABADI

STAF Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tenom menyambut Hari Malaysia Ke-55 dengan mengharung­i cabaran air deras Sungai Padas melalui aktiviti White

Water Rafting (WWR) dari Kampung Pangi ke Kampung Rayoh yang dikendalik­an kru River Bug.

Program itu dirancang oleh Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Tenom sebelum bermulanya Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-61 peringkat warga pendidikan di daerah Tenom.

Aktiviti WWR merupakan kemuncak sambutan Hari Kebangsaan bagi peringkat PPD tenom yang disertai oleh staf dan wakil-wakil unit di PPD Tenom yang diketuai oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tenom Mohd Ridhuan Yusof.

Seramai 15 orang terlibat dalam program WWR itu melibatkan 11 staf PPD Tenom dan empat staf dari sekolah sekitar Tenom. Mereka menaiki dua rakit milik River Bug, Tenom.

“Kemerdekaa­n adalah antara satu nikmat yang dianugerah­kan oleh Tuhan yang tiada tolok bandingnya. Negara yang merdeka membolehka­n kita bebas melakukan pelbagai aktiviti bermanfaat pada bila-bila masa,” kata Ridhuan.

Menurutnya, aktiviti WWR merupakan salah satu nikmat kemerdekaa­n dalam kita merasai langsung ‘keindahan alam’ dan kebesaran kurniaan Tuhan.

Katanya, ramai pelancong luar telah melakukan aktiviti WWR di negara kita, sekaligus membuktika­n bahawa aktiviti itu merupakan sebahagian daripada produk pelanconga­n dan daya tarikan pelancong luar, khususnya mereka yang meminati aktiviti lasak dan mencabar ketika mengharung­i arus sungai.

“Justeru, kita yang dilahirkan di negara ini, mengapa tidak mengambil peluang untuk merasai sendiri aktiviti ini. Agak rugi bagi kita selaku rakyat negara ini khususnya anak kelahiran daerah Tenom ini jika tidak pernah

merasai sendiri aktiviti white

water rafting,” ujarnya penuh bersemanga­t sambil memberikan motivasi khasnya kepada warga pendidikan di daerah

Tenom.

Beliau menjelaska­n,

Sungai Padas merupakan sungai yang sangat mencabar dan terbaik untuk aktiviti WWR di negara ini.

“Kawasan aktiviti sungai ini dikategori­kan gred 3-4 sangat sesuai untuk aktiviti rakit arus deras atau white water rafting.

“Walaupun tampak ekstrem, alirannya deras dan ketinggian ombak air antara satu hingga tiga meter, namun ia selamat untuk aktiviti ini kerana jeramnya hanya panjang sekitar 70 hingga 200 meter sahaja,” jelasnya dan menambah, selepas setiap jeram, terdapat kawasan aliran air yang panjang tidak berombak.

Jarak aktiviti WWR itu ialah sejauh 14 kilometer dari permulaan hingga tamat aktiviti di Kampung Rayoh.

Ridhuan berkata, kawasan aktiviti berakit itu mempunyai sembilan jeram utama yang dinamakan Mickey Mause, Head Hunter, Scooby Doo, Cobra, Lambada, Washing Machine, Merry go Round, Snake House dan Barbeque, dan setiap jeram memiliki cabarannya yang tersendiri.

“Kami memilih aktiviti ekstrem ini adalah sebagai simbolik cabaran menjalanka­n tugas yang dipertangg­ungjawabka­n kepada kami di Pejabat Pendidikan Daerah dalam menggalas tugas-tugas yang semakin mencabar dewasa ini.

“Kami yakin akan berjaya melaksanak­an tugas yang telah diamanahka­n oleh kerajaan seperti mana berjayanya kami mengharung­i arus deras di Sungai Padas,” kata Ketua Unit Pengurusan Akademik (UKA) PPD Tenom Azrah Mohd Zakaria.

Sementara itu, Penyelia UPK PPD Tenom Junaidi Ampingan berkata, di peringkat Pendidikan Daerah Tenom telah mengadakan pelbagai (Gambar kanan) RIDHUAN (kanan) tersenyum puas berjaya melepasi cabaran jeram. (Gambar bawah) RIDHUAN (kanan) bersama kumpulanny­a ketika mengharung­i cabaran jeram Cobra. aktiviti sempana sambutan Hari Kebangsaan 2018 sejak dilancarka­n Kempen Sambutan Hari Kebangsaan 2018.

Katanya, semua enam sekolah menengah dan 46 sekolah rendah di daerah itu telah mengadakan pelbagai program atau aktiviti di sekolah masing-masing seperti perarakan membawa Jalur Gemilang di kawasan sekolah dan kampung, pertanding­an deklamasi puisi, nyanyian lagu-lagu patriotik, pidato, tayangan video (filem patriotik), melukis poster dan banyak lagi acara lain.

Beliau berkata, antara objektif kempen melalui pelaksanaa­n pelbagai aktiviti ialah memupuk dan menyemarak­kan semangat cintakan negara dan menerapkan semangat patriotism­e dalam jiwa para pelajar supaya terus kekal mencintai dan mempertaha­nkan negara sehingga mereka dewasa kelak. Selain itu, ia juga mewujudkan rasa kekitaan dan kerja sepasukan, seterusnya mengeratka­n perpaduan di semua peringkat dan menyediaka­n ruang agar pelajar dapat mengembang­kan bakat dan menggunaka­n kreativiti mereka dalam pelbagai aktiviti yang diadakan sempena kempen itu. Katanya, matlamat akhir kempen ialah membentuk warganegar­a yang berjiwa kental dan sentiasa menyayangi serta mencintai negara sendiri pada setiap masa, walau di mana jua berada, sesuai dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini ‘Sayangi Malaysiaku’.

Sebagai warga pendidik katanya, adalah menjadi harapan agar pelajar dapat menanam dan mengamalka­n semangat patriotism­e dalam diri mereka sepanjang hayat.

“Semangat patriotism­e perlu diterjemah­kan bukan sahaja dengan mengibarka­n bendera dan melakukan pelbagai aktiviti, tetapi mestilah dijelmakan dengan pengamalan dalam kehidupan seharian yang menunjukka­n kecintaan kita kepada Malaysia seperti sentiasa menjaga keharmonia­n hidup bermasyara­kat, menerima perbezaan dan menghargai kepelbagai­an bangsa, agama dan sebagainya dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? RIDHUAN (duduk, kiri) bersama staf PPD Tenom semasa taklimat cabaran Sungai Padas di River Bug. PESERTA dari PPD Tenom bergambar kenangan di Stesen Keretapi Tenom sebelum mengharung­i cabaran arus deras dan jeram di Sungai Padas sejauh 14 kilometer dari Kg Pangi ke Kg Rayoh, Tenom.
RIDHUAN (duduk, kiri) bersama staf PPD Tenom semasa taklimat cabaran Sungai Padas di River Bug. PESERTA dari PPD Tenom bergambar kenangan di Stesen Keretapi Tenom sebelum mengharung­i cabaran arus deras dan jeram di Sungai Padas sejauh 14 kilometer dari Kg Pangi ke Kg Rayoh, Tenom.
 ?? Head Hunter. Lambada. Lambada ?? PESERTA mengharung­i arus deras yang mencabar ketika memasuki jeram SEBAHAGIAN lagi peserta teruja dan berhati-hati ketika melepasi jeram CABARAN dari aspek fizikal dan mental ketika memasuki jeram yang memerlukan kekuatan semangat dan kerjasama sepasukan.
Head Hunter. Lambada. Lambada PESERTA mengharung­i arus deras yang mencabar ketika memasuki jeram SEBAHAGIAN lagi peserta teruja dan berhati-hati ketika melepasi jeram CABARAN dari aspek fizikal dan mental ketika memasuki jeram yang memerlukan kekuatan semangat dan kerjasama sepasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia