Utusan Borneo (Sabah)

Pengusaha sawit Sabah ke arah pensijilan MSPO

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mahu lebih ramai pengusaha ladang sawit di negeri ini mendapat pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, daripada 221,000 hektar ladang sawit di Sabah, hanya 2,600 hektar sahaja diusahakan dengan MSPO.

Menurutnya, pensijilan MSPO adalah satu langkah untuk menembusi pasaran antarabang­sa menerusi pengeluara­n sawit.

“Walaupun ada usaha pihak-pihak tertentu yang tidak menggalakk­an kita memasuki pensijilan MSPO ini, kita sedar ia berupaya membantu Sabah mendapat akses pada pasaran antarabang­sa.

“Pengusaha dan peladang bukan hanya dapat memasuki pasaran, malah memperoleh­i harga yang jauh lebih terjamin untuk tingkatkan pendapatan mereka.

“Apa yang penting adalah pasaran kerana tiada guna tanah luas ditanam kelapa sawit kalau tiada pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima kunjungan hormat daripada Menteri Industri Utama Teresa Kok, di sini pada Khamis.

Shafie berkata, tanpa pensijilan bermakna hasil pengeluara­n tidak berkualiti.

“Usaha ini juga bagi mendapatka­n harga kelapa sawit yang sama rata untuk lebih menyenangk­an para peladang kecil mahupun semua pengusaha sawit di Sabah.

“Ini setimpal dengan usaha dan pelaburan mereka dalam mendapatka­n imbuhan atau pulangan supaya keupayaan para peladang dapat dipertingk­atkan,” jelasnya.

Sementara itu, Teresa berkata satu unit khas akan ditubuhkan membabitka­n kementeria­nnya dan kerajaan negeri bagi memastikan semua pengusaha sawit seluruh negara mendapat sijil MSPO sebelum 31 Disember 2019.

Kementeria­nnya juga mewajibkan semua pengusaha ladang sawit untuk mendapatka­n pensijilan MSPO.

Dalam pada itu, pihaknya turut menyokong usaha kerajaan negeri yang melarang eksport kayukayan ke luar negara.

“Kementeria­n akan menjadi ejen pemasaran kepada Sabah untuk menarik lebih ramai pelabur, pengusaha dan penggiat industri perkayuan melabur di Sabah,” katanya.

 ??  ?? SHAFIE (kanan) pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat daripada Teresa (kiri).
SHAFIE (kanan) pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat daripada Teresa (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia