Utusan Borneo (Sabah)

APMM Semporna gagal cubaan seludup 540 liter petrol

- Oleh AMIR ANUAR

SEMPORNA: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Semporna menggagalk­an cubaan penyeludup­an kirakira 540 liter minyak petrol pada Selasa.

Pengarah Zon Maritim Semporna Komander (M) Norrimi Hassan berkata petrol itu diisi ke dalam 27 jeriken dan dianggarka­n bernilai RM15,000 termasuk bot laju dan enjin bot.

“Kejayaan ini hasil pemeriksaa­n terhadap sebuah bot laju pada jarak 0.3 batu nautika barat Pulau Bum-Bum, kira-kira jam 5.30 petang,” katanya di sini pada Khamis.

Katanya tekong dan awak-awak bot nekad terjun ke laut kerana mengelak daripada ditangkap dan berenang ke kawasan perairan cetek Terusan Tanduo Bulong.

Beliau berkata penahanan dan rampasan dilakukan bot ronda Maritim kerana disyaki melanggar syarat permit membawa barang kawalan di perairan negara.

“Bot dan muatan petrol yang ditahan dibawa ke Jeti Kem Azumi,” katanya serta mengesahka­n langkah itu diambil berdasarka­n peruntukan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Norrimi berkata, APMM Semporna akan terus meningkatk­an rondaan dan penguatkua­saan dalam usaha berterusan pihaknya membantera­s perlanggar­an undang-undang maritim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia