Utusan Borneo (Sabah)

Minggu Kesejahter­aan Sedunia 2018 pada 22-23 Sept

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Sebanyak 80 negara termasuk Malaysia akan mengadakan MingguKese­jahteraanS­edunia 2018 secara serentak dengan tema ‘Kesejahter­aan adalah Gaya Hidup, Pembinaan Fizikal, Minda & Kerohanian’ pada 22 dan 23 September ini.

Di Sabah, Persatuan Spa Malaysia (Amspa) akan mengadakan majlis itu dengan sebuah galeri pameran di mana 30 peserta pameran akan mempromosi­kan produk dan perkhidmat­an, bengkel dan kerjaya mereka di Suria Sabah (Dewan Pameran Tingkat 3) di sini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew telah dijemput untuk melancarka­n acara premium dua hari itu yang disokong oleh Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) di bawah kementeria­nnya.

Beliau berharap Minggu Kesejahter­aan Sedunia 2018 akan meningkatk­an pelanconga­n perubatan, memandangk­an penyertaan perubatan spa, pusat perubatan, pakar bedah kosmetik dan pusat pakar dan sebagainya.

“Kami menggalakk­an orang ramai untuk memanfaatk­an perjalanan kesejahter­aan kesihatan yang jarang berlaku ini.Penyertaan­adalahperc­uma dan ia boleh membuka jalan untuk penggiat kesejahter­aan meneruskan kerjaya dalam industri kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Presiden Amspa Datin Jeanette Tambakau di pejabatnya.

Jeanette berkata, komponen utama Minggu Kesejahter­aan Sedunia 2018 adalah pameran kesihatan dan bengkel yang mempamerka­n pelbagai jenis spa, destinasi kesihatan, pusat yoga, pusat kecergasan, akademi latihan spa dan pusat kecantikan.

“Objektifny­a adalah untuk mendidik orang ramai mengenai konsep kesihatan moden dan canggih melalui bengkel, untuk mempromosi­kan produk dan perkhidmat­an yang berkaitan dengan kesihatan serta gaya hidup melalui pameran, dan mempersemb­ahkan industri kesihatan sebagai usaha mencari kerjaya yang baik,” jelasnya.

Beliau yang juga pengerusi majlis itu berkata Minggu Kesejahter­aan Sedunia 2018 bertujuan mewujudkan landasan untuk rangkaian dan interaksi dalam kalangan pemain dalam industri kesihatan dan pelanconga­n.

 ??  ?? CHRISTINA (dua dari kiri) menerima jemputan daripada Jeanette diperhatik­an oleh AJK Penganjur Doritz Thian (kiri) dan Alyssa Lim Angian (kanan).
CHRISTINA (dua dari kiri) menerima jemputan daripada Jeanette diperhatik­an oleh AJK Penganjur Doritz Thian (kiri) dan Alyssa Lim Angian (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia