Utusan Borneo (Sabah)

Dua rakan mengaku tidak bersalah bunuh kucing

-

KUALA LUMPUR: Dua rakan serumah didakwa pada Khamis atas tuduhan dengan kejamnya menyebabka­n penderitaa­n terhadap seekor kucing yang dimasukkan ke dalam mesin pengering pakaian yang membawa kepada kematian haiwan itu di sebuah kedai dobi layan diri.

Pemandu teksi A. Mohanraj, 41, dan juruteknik elektrik S.S. Satthiya, 26, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki itu didakwa bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas telah dengan kejamnya menyebabka­n penderitaa­n yang tidak sepatutnya terhadap seekor kucing di premis dobi di Taman Gombak Ria, Batu Caves di sini antara 12.54 tengah malam dan 1 pagi, pada 11 Sept lalu.

Pertuduhan­dibuatmeng­ikut Seksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29 (1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan mengikut akta tersebut adalah yang pertama dijalankan di negara ini sejak ia berkuat kuasa pada Julai 2017.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin menawarkan wang jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan memohon syarat tambahan supaya kedua-dua tertuduh melapor diri di balai polis.

Ketika rayuan mengurangk­an jaminan, Mohanraj yang tidak diwakili peguam berkata dia perlu menyara ibu bapanya manakala Satthiya, yang juga tidak diwakili peguam, memberitah­u dia baharu sahaja mula bekerja sebagai juruteknik.

Rasyihah membenarka­n kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin warga Malaysia dan menetapkan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis pada setiap bulan sehingga kes selesai. Tarikh 16 Okt ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Pendakwaan turut dikendalik­an Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) Selangor Mohd Roslan Isa dan turut hadir mengikuti prosiding adalah Pengarah Penguatkua­sa JPV Malaysia Zaharinan Abd Aziz.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia