Utusan Borneo (Sabah)

SAR diteruskan meliputi lima sektor pencarian seluas 97 batu nautika

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pemancing yangterjat­uhdilautdi­teruskan pada hari kedua pencarian meliputi Teluk Sepanggar sehingga perairan Putatan.

Pegawai Perhubunga­n Awam Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Sabah Leftenan Musa (M) Nuraisyah Najwa Mehip Abdullah berkata pencarian dibahagika­n kepada lima sektor dengan keluasan 97 batu nautika persegi secara keseluruha­n.

Katanya aset yang terlibat dalam operasi itu termasukla­h aset APMM, bot RH dari Pauskan Gerakan Marin, bot CB90 dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga bot masing-masing dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Kira-kira jam 3.30 pagi Rabu, mangsa yang juga seorang ahli perniagaan Chong Cheon Kean, 48, terjatuh di perairan Sepanggar selepas bot dinaiki dihempap ombak sederhana semasa mangsa membaling pancing ke laut.

Selepas gagal menemukan mangsa, anak serta rakannya bertindak membuat laporan polis kira-kira jam 5.20 pagi sebelum SAR diaktifkan jam 8 pagi kemudian.

 ??  ?? ANGGOTA APMM semasa menjalanka­n operasi SAR di sektor pencarian perairan Sepanggar.
ANGGOTA APMM semasa menjalanka­n operasi SAR di sektor pencarian perairan Sepanggar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia