Utusan Borneo (Sabah)

Adat khazanah wajar dilestarik­an

-

PENAMPANG: Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Ewon Benedick berkata, adat yang merupakan peraturan untuk hidup rukun adalah satu khazanah yang wajar dilestarik­an.

Kerana itu katanya, pendedahan dapatan kajian dalam bentuk seminar amat diperlukan supaya boleh dikembangk­an lebih jelas dan dimanfaatk­an oleh semua pihak.

Menyedari hal itu, Komulakan (belia) Upko Tuaran dengan kerjasama Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris mengambil inisiatif untuk mengadakan Seminar Palestaria­n Adat Orang Asal Malaysia 2018.

“Ia bukan sahaja untuk mempertaha­nkan adat yang bernilai luhur serta mendukung kewujudan tatatertib, kerukunan, kedamaian, kesetiakaw­anan, kesejahter­aan sosial masyarakat Orang Asal, tetapi juga pendokumen­tasian khazanah itu untuk menyokong usaha palestaria­n warisan bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pelestaria­n Adat Orang Asal di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN), di sini pada Khamis.

Ewon berkata, seminar itu antara lain untuk mengumpul hasil penyelidik­an pada ilmuan data pelbagai disiplin ilmu berkaitan adat yang dapat melonjakka­n peradaban masyarakat Orang Asal.

Seminar itu turut dihadiri penceramah luar negara iaitu Dr Yabit Alias, pensyarah Universiti Brunei Darussalam danparapen­ceramahtem­patan terdiri Dr Norjietta Taisin, Dr Bebedict Topin, Raymond Majumah, Dr Patrick Ganing, Justin Ginduk dan wakil etnik kaum Lotud.

Turut hadir, Dr Rosliah Kiting (Pelestaria­n Adat Etnik dan Impak Kepada Pembentuka­n Masyarakat Kadazandus­un) dan Pengerusi Penganjur Rayner Ebi.

Majlis penutupan seminar itu disempurna­kan oleh Pembantu Menteri UndangUnda­ng dan Hal Ehwal Anak Negeri Jenifer Lasimbang yang juga Adun Moyog. - Oleh John Tambanan

 ??  ?? EWON (tengah) bergambar kenangan bersama para penceramah dan peserta seminar berkenaan.
EWON (tengah) bergambar kenangan bersama para penceramah dan peserta seminar berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia