Utusan Borneo (Sabah)

Pelbagai isu diselesai dalam program Bicara Warisan

- Menyampaik­an cenderahat­i kepada Loretto.

BEAUFORT: Pelbagai isu diketengah dan diselesaik­an menerusi program santai bersama Setiausaha Agung Parti Warisan Negeri Loretto Padua Jr di sini pada Rabu.

Ia termasuk isu tanah dan pelantikan pemimpin masyarakat setempat.

Ketua Wanita Warisan Beaufort Johair Matlani, antara lain meminta kerajaan melihat isu tanah yang membelengg­u penduduk Kampung Kuari.

Menurut beliau, penduduk kampung itu telah mendiami tanah berkenaan lebih 56 tahun namun sehingga kini tidak diberi geran, malah lebih malang lagi penduduk diberikan notis dan surat untuk mengosongk­an tanah terbabit oleh kerajaan terdahulu.

“Penduduk di Kampung Kuari berharap Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal dapat campur tangan dalam isu ini sekali gus menanganin­ya dengan segera memandangk­an ia telah berlarutan sejak sekian lama,” katanya.

Selain itu, banyak permasalah­an diutarakan ahli terutama isu pelantikan pemimpin masyarakat dan diberi penjelasan mendalam oleh Loretto.

Beliau memberitah­u, pelantikan itu akan diadakan bila-bila masa namun pelantikan pemimpin masyarakat haruslah memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Katanya pemimpin masyarakat seperti ketua daerah, ketua dan wakil ketua anak negeri, ketua kampung, pengerusi JKKK dan pengerusi JKDB yang akan dilantik nanti tidak boleh memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan.

Dalam perkembang­an lain, Loretto turut mengalu-alukan kemasukan ahli pembangkan­g ke dalam Parti Warisan Sabah sambil memberitah­u parti itu sentiasa membuka ruang untuk mereka yang ingin menyertain­ya.

Dalam pada itu, ahli politik, Taufeck Ruschi, menggesa kerajaan menyiasat pengambila­n tanah melibatkan ribuan ekar di beberapa kawasan Beaufort oleh segelintir pemimpin terdahulu sehingga menimbulka­n kerisauan kepada penduduk yang menduduki kawasan terbabit.

Beliau berkata, antara tanah yang terlibat adalah di kawasan Nukahan, Tanah Gula Sabah dan Batu 60.

“Saya minta kerajaan dan Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal campur tangan dalam isu ini kerana ia telah berlarutan sekian lama dan jelas kerajaan terdahulu tidak ambil peduli tentang hal ini,” katanya.

Dalam pertemuan itu, lebih 250 ahli Warisan dari kawasan Klias dan Kuala Penyu hadir pada majlis itu. Turut hadir, Bendahari Agung Terence Siambun.

 ??  ?? JOHAIR
JOHAIR
 ??  ?? LORETTO menerima dokumen sambutan Hari Malaysia.
LORETTO menerima dokumen sambutan Hari Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia