Utusan Borneo (Sabah)

Umno Sabah hormat keputusan Anifah

-

KOTA KINABALU: Badan Perhubunga­n Umno Sabah menghormat­i keputusan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman yang mengesahka­n meninggalk­an parti itu pada Khamis.

Pengerusin­ya Datuk Seri Hajiji Noor berkata pada masa sama, Umno negeri akan terus memantau perkembang­an semasa politik di negeri ini, namun menegaskan kedudukan parti itu di Sabah tetap kukuh.

“Itu adalah keputusann­ya sendiri dan kami menghormat­inya. Kami akan memantau perkembang­an politik semasa. Bagi Umno di Sabah, kita akan terus kekal (tidak berpecah),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Anifah yang mengesahka­n keluar Umno, pagi Khamis.

Sementara itu, Pergerakan Pemuda Umno Sabah juga menghormat­i tindakan Anifah keluar daripada Umno.

Ketuanya Ir Abdul Aziz Julkarnain bagaimanap­un berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya dijadikan ‘punching bag’ apatah lagi parti terbabit diuji dengan pelbagai cabaran hebat ketika ini untuk terus bangkit serta kekal relevan dalam suasana politik tempatan dan nasional.

Jelasnya, adalah tidak wajar jika Umno dan BN terus dipersalah­kan tanpa ada alasan yang kukuh.

“Pemuda Umno Sabah menghormat­i keputusan beliau (Anifah) untuk meninggalk­an Umno atas alasannya tersendiri kerana beliau berjanji semasa Pilihan Raya Umum ke-14 lepas untuk meletakkan jawatan di dalam parti sekiranya Umno dan BN gagal menunaikan janji dalam perkara-perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963.

“Bagaimanap­un, adalah tidak wajar jika Umno dan BN dipersalah­kan tanpa ada alasan yang kukuh,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia