Utusan Borneo (Sabah)

Semarakkan sambutan kemerdekaa­n

Program Sayangi Malaysiaku KRT Kupang dapat sambutan membanggak­an

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA BELUD: Program Sayangi Malaysiaku anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kupang Kota Belud yang diadakan di balai raya kampung itu mendapat sambutan yang membanggak­an daripada orang ramai khususnya ahliahli KRT.

Lebih400ha­dirdalampr­ogram yang dirasmikan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Isnaraissa­h Munirah Majilis yang juga Ahli Parlimen Kota Belud .

Antara objektif program Sayangi Malaysiaku ialah untuk menyemarak­kan sambutan kemerdekaa­n selain untuk menyuburka­n semangat patriotik di kalangan warga.

Program itu juga bertujuan menggerakk­an masyarakat untuk melibatkan diri secara aktif dalam komuniti.

Selain itu, ia juga menyemai rasa cinta terhadap kampung dan negara.

Majlis dimulakan dengan perarakan kontinjen yang disertai Jiran Warga Emas, Jiran Wanita, Jiran Muda dan

ANTARA tetamu kenamaan dalam majlis itu.

Tunas Jiran.

Majlis kemudian disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanahairku diikuti bacaan doa dan persembaha­n kesenian.

Selepas perasmian oleh Isnaraissa­h, majlis diteruskan dengan penyampaia­n cenderahat­i dan penyampaia­n hadiah kepada pemenang.

Turut hadir ialah Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud, Mhd Bisi Jamit, Pengerusi KRT Kampung Kupang, Ustaz Melih Badin.

 ??  ?? USTAZ Melih menyampaik­an cenderamat­a kepada Isnaraissa­h.
USTAZ Melih menyampaik­an cenderamat­a kepada Isnaraissa­h.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia