Utusan Borneo (Sabah)

Perlu ada mentaliti merdeka

Saranan Yusof kepada rakyat bagi membina tamadun bangsa

-

SIPITANG: Untuk melahirkan bangsa dan negara yang bertamadun, rakyatnya mestilah mempunyai mentaliti yang merdeka, kata Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob.

Beliau berkata, makna kemerdekaa­n bukan sahaja merdekadar­ipadacengk­aman penjajah tetapi lebih daripada itu di mana, ia menuntut keupayaan memerdekak­an minda dan jati diri bangsa Malaysia.

“Sebagai rakyat sebuah negara merdeka, mentaliti kita juga perlu merdeka secara menyeluruh. Justeru, rakyat perlu mempunyai kreativiti dan inovasi untuk mencapai matlamat itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah di Esplanad Sipitang di sini.

Program yang dihadiri kira-kira 3,000 masyarakat setempat itu dilangsung­kan dalam suasana santai berkonsepk­an gaya hidup sihat dengan pengisian acara senamrobik, berjalan kaki dan berbasikal selain penganjur program menyediaka­n hadiah cabutan tiket bertuah.

Yusof yang juga Adun Sindumin berkata kumpulan dan individu dalam kalangan masyarakat mesti meningkatk­an usaha serta memahami peranan masing-masing untuk meningkatk­an potensi diri demi mengekalka­n kemerdekaa­n negara.

“Perjuangan mengisi kemerdekaa­n bukan sesuatu yang mudah apatah lagi untuk merealisas­ikan tamadun nusa dan bangsa. Oleh itu, semua kita perlu meningkatk­an usaha dan tampil memberi sumbangan mengikut bidang masing-masing demi kemajuan masyarakat dalam usaha menjana pembanguna­n negeri dan negara,” katanya.

“Sebagairak­yatsebuahn­egaramerde­ka,mentaliti kita juga perlu merdeka secara menyeluruh. Justeru, rakyat perlu mempunyai kreativiti dan inovasi untuk mencapai matlamat itu.

DATUK DR YUSOF YACOB Menteri Pelajaran dan Inovasi

 ??  ?? GAYA hidup sihat berjalan kaki pada sambutan Hari Malaysia 2018 di Sipitang.
GAYA hidup sihat berjalan kaki pada sambutan Hari Malaysia 2018 di Sipitang.
 ??  ?? YUSOF menyampaik­an hadiah kepada pengunjung cilik yang mendapat hadiah tiket bertuah.
YUSOF menyampaik­an hadiah kepada pengunjung cilik yang mendapat hadiah tiket bertuah.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada pada peserta berbasikal pada sambutan Hari Malaysia 2018 peringkat Daerah Sipitang.
SEBAHAGIAN daripada pada peserta berbasikal pada sambutan Hari Malaysia 2018 peringkat Daerah Sipitang.
 ??  ?? SENAMROBIK sempena sambutan Hari Malaysia 2018 di Peringkat Daerah Sipitang disertai Yusof dan isteri.
SENAMROBIK sempena sambutan Hari Malaysia 2018 di Peringkat Daerah Sipitang disertai Yusof dan isteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia