Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas nafi rogol, cabul anak jiran

3 Okt untuk pengurusan kes, bicara lanjut ditetapkan 25 Feb hingga 1 Mac 2019

-

MIRI: Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan merogol dan melakukan gangguan seksual ke atas seorang anak jirannya yang berusia 11 tahun.

Tertuduh, 72, dari Tudan Desaras di sini telah didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh yang menjalanka­n perniagaan kedai runcit telah dituduh merogol seorang budak perempuan berusia 11 tahun dan 11 bulan (semasa kejadian) yang juga merupakan anak jirannya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 7 pagi hingga 8 malam pada 10 Oktober 2017 sehingga jam 7 pagi hingga 8 malam pada 22 Disember 2017 di rumahnya di Tudan Desaras di sini.

Selain itu, tertuduh turut menghadapi satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan gangguan seksual secara fizikal terhadap mangsa yang sama dengan niat melakukan hubungan seks.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada masa dan di tempat yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Aftal Mariz memohon ditetapkan tarikh baharu untuk pengurusan kes memandangk­an tertuduh telah mengaku tidak bersalah serta minta dibicara lanjut.

Hakim Steve Ritikos membenarka­n permohonan itu dan menetapkan 3 Oktober depan untuk pengurusan kes, manakala perbicaraa­n lanjut ditetapkan selama lima hari bermula 25 Februari hingga 1 Mac 2019.

Tertuduh yang diwakili peguambela Sam Laya kemudian dibenarkan dibebas dengan jaminan lanjut RM3,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Mahkamah Sesyen memerintah­kan seorang pemudadibe­basdenganj­aminan lanjut RM3,000 berserta dua penjamin tempatan setelah menafikan tuduhan merogol seorang gadis bawah umur.

Mahkamah kemudian menetapkan 3 Oktober depan untuk pengurusan kes dan perbicaraa­n lanjut pula ditetapkan selama lima hari bermula 18 hingga 22 Februari 2019.

Tertuduh, 21, dari Tudan Fasa 1 di sini telah dituduh merogol seorang gadis bawah umur berusia 12 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.30 tengah hari, 2 September lalu di sebuah bilik kosong di Kampung Tudan Fasa 1 di sini.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah Seksyen 376 (1) kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Aftal Mariz di hadapan Hakim Steve Ritikos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia