Utusan Borneo (Sabah)

Kereta terbabas, dua wanita terbayang maut

-

SIBU: Dua wanita terbayang maut apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu terhumban ke dalam parit di Jalan Salim-Stabau dekat sini, awal pagi Rabu.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, kedua-dua mangsa dalam perjalanan ke bandar untuk membeli barang keperluan apabila pemandunya dipercayai hilang kawalan dan terlanggar sebatang pokok sebelum terhumban ke dalam parit di tempat kejadian.

Nasib menyebelah­i mereka apabila kedua-duanya tidak mengalami kecederaan serius namun penumpang di tempat duduk sebelah pemandu mengalami luka ringan di kepala akibat geseran semasa kejadian.

Penumpang berusia 31 tahun tersebut kemudian dihantar ambulans ke hospital selepas dimaklumka­n oleh orang awam.

Bagaimanap­un, wanita terbabit hanya dirawat sebagai pesakitlua­rselepaske­adaannya dilaporkan stabil.

Pemilik kereta terpaksa meminta bantuan lori untuk mengeluark­an kenderaann­ya dari dalam parit.

 ??  ?? KEADAAN kereta yang masih berada dalam parit sementara menunggu untuk dikeluarka­n.
KEADAAN kereta yang masih berada dalam parit sementara menunggu untuk dikeluarka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia