Utusan Borneo (Sabah)

Kes bunuh kekasih, pemuda diarah jalani pengawasan mental

-

MIRI: Mahkamah Tinggi memerintah­kan seorang lelaki yang dituduh membunuh teman wanitanya yang berusia 52 tahun supaya dirujuk ke HospitalPs­ikiatribag­imenjalani pengawasan mental.

Perintah itu dikeluarka­n Pesuruhjay­a Kehakiman Dean Wayne Daly untuk mengesahka­n status kewarasan tertuduh ketika kejadian, sekali gus menentukan sama ada dia layak menghadapi tuduhan atau sebaliknya.

Terdahulu, peguambela dilantik Keith Chin yang mewakili tertuduh berkata bahawa anak guamnya (tertuduh)adamemberi­tahunya dia mendengar suara bisikan ketika ditahan di Penjara Pusat Miri.

Malah ahli keluarga mangsa turut mengesahka­n perkara yang sama.

Abdul Rahim Wahap, 25, dari Kampung Piasau Utara di sini telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh melakukan pembunuhan hingga menyebabka­n kematian Yeong Musa, 52.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 9.38 pagi, 28 November dan 3 pagi, 29 November 2017 di Jambatan Lutong di sini.

Mahkamah kemudian menetapkan 1 November depan untuk sebutan lanjut kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abdul Latif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia