Utusan Borneo (Sabah)

Ahli SIDS Limbang sertai program motivasi rumah tangga

-

LIMBANG: Hampir 200 ahli Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Limbang menyertai program motivasi berkaitan isu keganasan rumah tangga yang banyak berlaku di negara ini, baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi SIDS Cawangan Limbang Kaunselor AgnesUndil­berkata,walaupun kes keganasan terhadap wanita dilaporkan masih rendah namun inisiatif awal perlu dilaksanak­an bagi mencegah kes sedemikian daripada terus berleluasa hingga ke tahap membimbang­kan seperti yang berlaku di negara tertentu.

“Program motivasi ini penting untuk mengubah persepsi bahawa wanita sebagai golongan lemah dan membiarkan diri terus menjadi mangsa keganasan dan perlakuan jenayah sehingga membawa kemudarata­n kepada mereka,” katanya pada Program Motivasi SIDS Limbang dan penyampaia­n insentif kepada pelajar cemerlang sempena mesyuarat SIDS bersama wakil kawasan di sini, baru-baru ini.

Pengerusi SIDS Cawangan Limbang Bernadatte Kelumeh yang hadir turut menyampaik­an hadiah insentif kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaa­n awam.

Agnes berkata lagi, wanita terutama ahli SIDS perlu mengetahui peranan dan tanggungja­wab jika ada berlaku kes di sekeliling mereka.

“Kita berharap ahli SIDS tahu cara membuat aduan sekiranya berdepan masalah keganasan rumah tangga,”ujarnya.

Ceramah Menangani Keganasan Rumah Tangga disampaika­n pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Limbang Mohamad Nur Khairul Pungut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia